Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia dan Singapura sediakan butiran RGL dan PCA

-

SINGAPURA: Malaysia dan Singapura kelmarin menerbitka­n syarat, protokol kesihatan dan proses permohonan berhubung skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Menerusi pelaksanaa­n RGL, ia membolehka­n perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara kedua-dua negara.

Skim PCA pula akan membenarka­n penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja.

Bagi kedua-dua skim itu, rakyat Malaysia dan Singapura yang memenuhi syarat perlu mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam COVID-19 yang dipersetuj­ui bersama oleh kedua-dua negara termasuk menjalani ujian calitan Reaksi Rantai Polimerase (PCR).

Selepas tempoh sekurangku­rangnya tiga bulan berturut-turut di negara di mana mereka bekerja, mereka boleh pulang ke tanah air masing-masing untuk cuti jangka pendek.

Mereka kemudian boleh kembali ke negara di mana mereka bekerja untuk meneruskan pekerjaan bagi tempoh sekurang-kurangnya lagi tiga bulan berturut-turut.

Untuk maklumat terperinci, rakyat Malaysia dan Singapura boleh mengakses pautan yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysian dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA) Singapura di laman web masing-masing.

Berikut ialah pautan tersebut:

https://www.imi.gov.my/ portal2017/index.php/ms/ sumber-dan-arkib/pengumuman/1833-malaysia-singapore-border-crossing-arrangemen­t.html

https://www.imi.gov.my/ portal2017/index.php/ms/ sumber-dan-arkib/pengumuman/1833-malaysia-singapore-border-crossing-arrangemen­t.html

https://safetravel.ica.gov. sg/malaysia/rgl/requiremen­ts-and-process

https://safetravel.ica.gov. sg/malaysia/pca/overview

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia