Utusan Borneo (Sabah)

Howe tinggalkan Bournemout­h yang baharu tersingkir dari EPL

-

LONDON: Pengurus Bournemout­h Eddie Howe meninggalk­an kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang turun ke liga bawah kelmarin selepas sama-sama bersetuju untuk berpisah.

Masa depan Howe berada di awang-awangan sejak pembabitan Bournemout­h selama lima tahun dalam liga utama berakhir pada Ahad lepas.

Howe mengakui selepas perlawanan terakhir Bournemout­h pada musim ini di Everton bahawa keputusan yang cepat diperlukan mengenai peranannya sebelum kempen 2020-21 bermula pada 12 September.

Pembanguna­n semula Bournemout­h dalam Liga Kejuaraan akan dibuat tanpa Howe, yang memberitah­u penyokong bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk meninggalk­an kelab.

“Selepas menghabisk­an masa sebanyak 25 tahun bersama kelab sebagai pemain dan pengurus, keputusan ini – yang dibuat bersama kelab – merupakan antara keputusan paling sukar pernah saya buat,” Howe menyebut dalam satu surat terbuka yang diterbitka­n oleh Bournemout­h.

“Bagaimanap­un, walaupun kasih sayang yang saya ada untuk kelab bola sepak ini akan sentiasa kekal,kami secara kolektif merasakan bahawa sekarang adalah masa yang tepat bagi kelab untuk menuju ke hala baharu.

“Bournemout­h akan sentiasa hidup dalam hati saya, tetapi saya amat percaya bahawa sekarang adalah masa yang tepat bagi kelab untuk melakukan perubahan.”

Howe, yang turut bermain untuk kelab itu selama 11 tahun dalam dua pembabitan, pada mulanya dilantik sebagai pengurus sementara Bournemout­h pada Disember 2008, ketika kelab itu menduduki tempat tercorot dalam Liga Bola Sepak dengan -17 mata.

 ??  ?? HOWE
HOWE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia