Utusan Borneo (Sabah)

Roma suramkan malam keriangan Juventus

Juve tewas 1-3 di laman sendiri kepada Roma sebelum raikan kemenangan ‘Scudetto’ kali ke-36

-

MILAN: Juventus mengalami kekalahan kedua berturut-turut sejak mereka memenangi kejuaraan Serie A kesembilan, apabila kecundang 3-1 di stadium sendiri kepada Roma dalam perlawanan terakhir mereka pada musim ini kelmarin, beberapa hari sebelum kempen mereka dalam Liga Juara-Juara bersambung.

Inter Milan menduduki tempat kedua dengan kemenangan 2-0 ke atas musuh tetangga Atalanta di Bergamo, untuk menamatkan musim hanya satu mata sahaja di belakang Juventus.

Juventus memberi tumpuan kepada perlawanan peringkat 16 terakhir mereka di stadium sendiri menentang Lyon pada Jumaat depan di mana pasukan Maurizio Sarri perlu mengatasi defisit 1-0 dari perlawanan pusingan pertama.

Cristiano Ronaldo direhatkan untuk perlawanan terakhir selepas tiada sebab untuk bermain dalam perlawanan menentang kelab di tempat kelima Roma.

Penyerang Argentina Gonzalo Higuain menerajui serangan Juventus yang melepasi pertahanan selepas hanya enam minit sahaja di Stadium Allianz.

Namun Diego Perotti mengilhamk­an kebangkita­n Roma dengan menghantar bola kepada Nikola Kalinic yang menanduk masuk gol penyamaan selepas 23 minit.

Tendangan penalti Perotti sebelum waktu rehat dan gol kedua enam minit selepas babak kedua bermula memberikan kekalahan ketiga kepada Juventus dalam empat perlawanan.

Pasukan itu kemudian menjulang piala apabila mereka meraikan kejayaan memenangi ‘Scudetto’ buat kali ke-36 dalam Stadium Allianz yang kosong.

Siri tanpa kalah Atalanta dalam 17 perlawanan berturut-turut dalam liga yang bermula pada 20 Januari lalu kini sudah berakhir.

Tetapi jurulatih Gian Piero Gasperini berkata ia merupakan persiapan terbaik untuk perlawanan suku akhir menentang

Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara.

“Perlawanan ini menentang Inter memberikan kami satu seruan yang bagus untuk bangkit, ia adalah perkara terbaik yang dapat berlaku kepada kami,” kata Gasperini.

Lazio menduduki tempat keempat, terikat mata dengan Atalanta, selepas usaha untuk memenangi kejuaraan tetapi ketinggala­n satu mata di belakang Juventus ketika musim bersambung pada 20 Jun lalu.

Pasukan Simone Inzaghi tewas 3-1 kepada Napoli tetapi penyerang Ciro Immobile menjaringk­an golnya yang ke-36 pada musim ini untuk menyamai rekod bagi jaringan terbanyak dalam satu kempen Serie A.

Immobile juga akan memenangi Kasut Emas Eropah sebagai penjaring terbanyak di benua itu pada musim ini, selepas dia memintas 34 jaringan penyerang Bayern Munich Robert Lewandowsk­y pada pertengaha­n minggu ini.

Napoli memanaskan badan untuk perlawanan pusingan kedua peringkat 16 terakhir menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara dengan kemenangan, tetapi kehilangan kapten Lorenzo Insigne, yang menjaringk­an gol pada malam itu, kepada kecederaan.

Di San Siro, Zlatan Ibrahimovi­c gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti tetapi menjaringk­an golnya yang ke10 dalam liga sejak Januari lalu apabila AC Milan menamatkan kempen di tempat keenam dengan kemenangan 3-0 ke atas Cagliari.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN: Pemain Juventus menjulang trofi kejuaraan Serie A selepas tamat aksi menentang AS Roma di Stadium Allianz di Turin.
— Gambar AFP RAIKAN: Pemain Juventus menjulang trofi kejuaraan Serie A selepas tamat aksi menentang AS Roma di Stadium Allianz di Turin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia