Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal ada trofi untuk dimegahkan Piala FA kejuaraan tunggal Arteta peroleh sejak menjadi pengurus pasukan dengan kemenangan 2-1 ke atas Chelsea

- DETIK MANIS:

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang memberi inspirasi kepada Arsenal untuk memecah rekod dengan memenangi Piala FA ke-14 apabila kapten pasukan The Gunners itu melakukan dua jaringan untuk menewaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan akhir di stadium Wembley yang kosong kelmarin.

Christian Pulisic telah memberikan permulaan impian kepada Chelsea, tetapi pasukan The Blues tidak keruan selepas Aubameyang dijatuhkan oleh Cesar Azpilicuet­a di dalam kawasan penalti dan menyempurn­akan tendangan penalti yang diberikan.

Penyudah yang cantik dari Aubameyang 23 minit sebelum tamat membantu Mikel Arteta memenangi piala pada musim pertamanya sebagai pengurus Arsenal sebelum Chelsea terpaksa bermain dengan 10 orang dalam keadaan yang kontrovers­i apabila Mateo Kovacic dilayangka­n kad kuning kedua.

Arteta berkata sebelum perlawanan itu, dia harap kejayaan menggalakk­an Aubameyang, yang hanya ada baki setahun lagi dalam kontraknya di Emirates, untuk memberikan komitmen kepada kontrak jangka panjang baharu.

Dua jaringan pemain antarabang­sa

Gabon itu menjadikan jumlah golnya pada musim ini sebanyak 29 dan memastikan The Gunners tidak akan tersisih daripada bola sepak Eropah pada musim akan datang buat pertama kali sejak 1995/96 apabila mereka layak ke Liga Europa.

Perlawanan akhir Piala FA yang tidak sama seperti perlawanan akhir lain dengan hampir 90,000 tempat duduk kosong menyaksika­n lagu tradisi ‘Abide With Me’ dipersemba­hkan di atas bumbung Wembley.

Chelsea sudah mencapai matlamat utama mereka bagi musim pertama Frank Lampard selaku pengendali apabila mereka melayakkan diri pada hujung minggu lepas ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang dan pada awal perlawanan, mereka nampak seperti akan melengkapk­an kejayaan menamatkan musim dalam kelompok empat kelab teratas dengan piala pertama bagi Lampard sebagai pengurus. Arteta telah menerima banyak pujian kerana taktiknya yang baik selama lapan bulan pertama dia menggalas tugas sebagai pengurus dan warga Sepanyol itu berjaya menyusun semula The Gunners pada waktu rehat untuk minum pada babak pertama bagi mengubah momentum perlawanan. Seminit selepas permainan bersambung, Nicolas

Pepe menyangka dia sudah meledakkan gol penyamaan yang cantik dari tepi kotak penalti, hanya untuk dinafikan oleh Ainsley MaitlandNi­les yang didapati ofsaid dalam gerakan sebelum itu.

Sementara Chelsea sudah pun mengukuhka­n barisan serangan dengan signifikan untuk musim akan datang dengan pembelian Timo Werner dan Hakim Ziyech, Arsenal pula sekadar berharap untuk mengekalka­n pemain penting mereka iaitu Aubameyang.

Sama seperti dalam kemenangan separuh akhir ke atas Manchester City, dia ternyata pemenang perlawanan apabila dia mengejar bola hantaran tinggi Kieran Tierney dan meninggalk­an Azpilicuet­a sebelum dijatuhkan oleh kapten Chelsea itu di dalam kawasan penalti.

Azpilicuet­a terlepas daripada kad merah untuk hukuman berganda, tetapi VAR mengesahka­n tendangan penalti dan Aubameyang dengan tenang menyempurn­akan tendangan.

Chelsea seterusnya mengalami dua tamparan kecederaan yang besar sebelum dan selepas waktu rehat apabila Azpilicuet­a dan Pulisic mengalami kecederaan hamstring yang hampir pasti tidak mengizinka­n mereka untuk bermain dalam perlawanan pusingan kedua peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada hujung minggu depan.

Walaupun Chelsea berbelanja besar untuk menguatkan serangan mereka, mereka didapati lemah sepanjang musim di bahagian belakang dan mereka terlalu mudah dibolosi untuk gol kemenangan.

Hector Bellerin melepasi asakan lemah Jorginho sebelum bola ditolak kepada Aubameyang, yang mengelecek Kurt Zouma dan dengan selamba mengangkat bola ke atas Willy Caballero untuk melakukan jaringan.

Keadaan bertambah buruk bagi Lampard apabila Kovacic dibuang dari padang bagi sentuhan paling sikit ke atas Granit Xhaka, tetapi keputusan Anthony Taylor tidak dapat disemak semula oleh VAR kerana ia adalah kesalahan kedua yang boleh dilayangka­n kad kuning.

 ?? — Gambar AFP ?? ARTETA
Pemain dan kru pasukan Arsenal meraikan kejayaan memenangi Piala FA selepas tamat perlawanan final menentang Chelsea yang berkesudah­an 2-1 di Stadium Wembley di London.
— Gambar AFP ARTETA Pemain dan kru pasukan Arsenal meraikan kejayaan memenangi Piala FA selepas tamat perlawanan final menentang Chelsea yang berkesudah­an 2-1 di Stadium Wembley di London.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia