Utusan Borneo (Sabah)

Porto menangi Piala Portugal

-

COIMBRA: Pemain antarabang­sa Republik Demokratik Congo Chancel Mbemba menjaringk­an dua gol apabila FC Porto menewaskan musuh lama Benfica 2-1 kelmarin untuk memenangi Piala Portugal buat kali ke-17.

Mbemba, pemain pertahanan berusia 25 tahun, menjaringk­an kedua-dua golnya pada separuh masa kedua perlawanan akhir yang berlangsun­g dalam stadium kosong di Coimbra.

Kemenangan membolehka­n Porto untuk melengkapk­an kejuaraan berganda liga-piala tetapi mereka melakukann­ya dengan bersusah-payah.

Pemain sayap mereka dari Colombia Luis Dias dibuang dari padang pada minit ke-38 dan jurulatih Sergio Conceicao turut dilayangka­n kad merah lima minit kemudian.

Mbemba menanduk masuk gol pembukaan dari tendangan percuma dua minit selepas babak kedua bermula dan mengulangi jaringan itu dari satu lagi situasi bola mati pada minit ke-60.

Benfica mengurangk­an defisit pada minit ke-84 dari petak penalti yang disempurna­kan oleh pemain Brazil, Carlos Vinicius.

Pemain Benfica, Jota, kemudian menyaksika­n rembatanny­a melantun balik selepas ia terkena tiang pada minit akhir.

Porto kali terakhir memenangi kejuaraan berganda pada 2011.

Perlawanan akhir domestik itu pada asalnya dijadualka­n berlangsun­g pada 24 Mei tetapi ditunda kerana krisis COVID-19.

Ia juga dialih dari Lisbon ke Coimbra dan berlangsun­g dalam stadium kosong, sesuatu yang biasa di Eropah pada waktu pandemik.

Porto dan Benfica masingmasi­ng menduduki tempat pertama dan tempat kedua dalam liga dan merupakan dua pasukan terbaik yang jelas dalam liga, di mana kelab Lisbon berkenaan merekodkan kekurangan hanya dua kemenangan sahaja berbanding musuh utara mereka.

Perlawanan itu merupakan perlawanan terakhir bagi pengurus sementara Benfica Nelson Verissimo selaku pengendali sebelum Jorge Jesus mengambil alih tugas pada musim akan datang.

Jesus, 65, tiba untuk menggalas tugas buat kali kedua di Benfica, yang dia urus selama enam tahun antara 2009 hingga 2015 untuk memenangi tiga kejuaraan liga.

 ?? — Gambar AFP ?? GEMBIRA: Pemain FC Porto menjulang Piala Portugal yang baharu dimenangi selepas menewaskan Benfica dalam perlawanan akhir di Stadium City Coimbra.
— Gambar AFP GEMBIRA: Pemain FC Porto menjulang Piala Portugal yang baharu dimenangi selepas menewaskan Benfica dalam perlawanan akhir di Stadium City Coimbra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia