Utusan Borneo (Sabah)

Jurulatih lapor kepada PJBM jika belum terima gaji, pampasan

-

KUALA LUMPUR: Kelemahan dalam jenis dan terma kontrak yang ditawarkan kepada jurulatih menyukarka­n Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) mendapatka­n keadilan kepada jurulatih yang berdepan masalah pembayaran gaji dan pampasan.

Presiden PJBM B. Sathianath­an berkata persatuan itu menghadapi kesukaran untuk memperjuan­gkan hak ahlinya, jika kontrak yang ditandatan­gani bersama pasukan tidak memperinci­kan terma dengan jelas, di mana terdapat tiga jenis kontrak yang digunakan di Malaysia.

Pertamanya, seseorang jurulatih itu diberikan surat tawaran yang hanya sehalaman untuk membimbing pasukan, tetapi tidak mempunyai butiran yang jelas, sekali gus tidak boleh dianggap sebagai kontrak.

Ia berlaku apabila seseorang jurulatih itu, terutamany­a baharu atau muda, mempunyai pekerjaan lain dan mengambil cuti tanpa gaji atau tanpa rekod untuk mencuba nasib dalam bidang kejurulati­han.

“Keduanya, ada persatuan yang meletakkan syarat ‘setelah berakhirny­a pertanding­an, maka kontrak dibatalkan’. Jadi apabila sesuatu pertanding­an dibatalkan, maka kontrak itu terbatal.

“Ketiga adalah kontrak yang paling wajar, di mana pasukan dan jurulatih tandatanga­n untuk sesuatu tempoh, seperti sehingga November 2020. Ini baru kita boleh perjuangka­n,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau yang juga ketua jurulatih pasukan Liga Super, Selangor, turut mengesa jurulatih yang masih belum menerima gaji atau pampasan yang sewajarnya daripada pasukan masing-masing supaya tampil melaporkan perkara itu kepada PJBM.

Sathianath­an berkata PJBM tidak dapat membantu manamana jurulatih yang teraniaya jika mereka sendiri tidak melaporkan isu itu kerana bimbang akan hilang pekerjaan.

Beliau berkata mungkin ada beberapa jurulatih mengambil pendekatan berdiam diri dan menunggu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyelesai­kan masalah gaji dengan mewajibkan pembayaran gaji penuh, selepas Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) dibatalkan, manakala Liga Super dan Liga Premier ditangguh lebih lima bulan akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, FAM mewajibkan pasukan membayar sekurang-kurangnya 25 peratus daripada gaji keseluruha­n kepada para pemain dan jurulatih terlibat disebabkan oleh pembatalan saingan tersebut.

Menurut Sathianath­an, PJBM juga sedang menyediaka­n afidavit untuk sebuah kes melibatkan Persatuan Bola Sepak Sarawak yang belum menyelesai­kan gaji seorang jurulatih yang ‘direhatkan’ musim lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia