Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung di ESSZone dilanjutka­n hingga 18 Ogos

-

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada 6 petang ini dilanjutka­n selama dua minggu sehingga 18 Ogos, kata Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Zaini Jass.

Beliau berkata, susulan pelanjutan itu, penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan terbabit antara 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytihar­kan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” menurutnya dalam kenyataan di sini, semalam.

Zaini berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan Daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Katanya, perintah berkurung itu dilanjutka­n bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong asing di pulau-pulau peranginan.

Zaini berkata, berdasarka­n maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik untuk mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata, perintah itu juga adalah bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamata­n di sekitar kawasan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia