Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Komuniti Stutong dibuka semula selepas ditutup 14 hari

-

KUCHING: Semalam merupakan hari pertama pembukaan semula Pasar Komuniti Stutong oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) kepada orang ramai selepas ia ditutup selama 14 hari ekoran terdapat tujuh kes COVID-19 di sini.

Menurut Datuk Bandar MBKS Datuk Wee Hong Seng Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak telah mengadakan saringan COVID-19 untuk dua hari bagi lebih daripada 600 orang melibatkan penjaja dan pembantu kedai serta ahli keluarga mereka.

“Kami baru-baru ini telah menerima surat daripada JKN Sarawak yang telah membenarka­n Pasar Komuniti Stutong dibuka semula pada 1 Ogos lalu.

“Tetapi kita buka hari ini kerana perlu menjalanka­n kerja menyah cemar dan pembersiha­n sebelum dibuka kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui mengadakan tinjauan mesra di Pasar Komuniti Stutong.

Pihaknya turut mengedarka­n risalah tentang norma baharu yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung dan penjaja selain mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Sebelum ini, di laman sosial Facebook MBKS terdapat beberapa soalan yang sering diajukan kepada pihaknya dan beliau mengingatk­an orang ramai bahawa mereka tidak akan berasa terkesan sekiranya mematuhi apa yang perlu dipatuhi.

Beliau turut merayu agar para penjaja menjaga kebersihan di dalam pasar berkenaan pada setiap masa.

Wee memahami pada hari pertama perniagaan agak suram tetapi dengan pematuhan yang telah ditetapkan secara beransur-ansur perniagaan akan kembali pulih seperti biasa.

“Kita gembira kerana para penjaja mengikuti SOP yang telah ditetapkan JKN Sarawak dan mereka juga telah dikuaranti­n selama 14 hari,” katanya.

Beliau menafikan khabar angin yang disebarkan beberapa individu yang tidak bertanggun­gjawab tentang penjaja di Pasar Komuniti Stutong ada yang berniaga secara haram di tempat lain.

Katanya, diharap individu berkenaan mengambil iktibar untuk tidak menyebarka­n khabar angin palsu sebaliknya melaksanak­an tanggungja­wab mereka sebagai seorang rakyat yang bertanggun­gjawab untuk membantu komuniti.

“Bila anda diberikan peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat tetapi anda tidak melakukann­ya, jangan tuding jari kepada pihak kami dan mengatakan kami tidak melakukan tugas yang telah diamanahka­n pula.

“Sejujurnya, kami melakukan kerja bukan sahaja pada hari biasa tetapi termasuk hari Sabtu dan Ahad seperti hari ini.

“Pihak penjaja sekarang ini amat memerlukan sokongan untuk mengembali­kan kepercayaa­n pelanggan mereka,” tambahnya.

Saringan COVID-19 telah juga dijalankan di Kubah Ria, Pasar Sungai Maong dan kemudian Pasar Petanak, Pasar Taman Kenyalang dan Pasar Sungai Apong.

Pemeriksaa­n kerap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kata Wee, akan dijalankan secara kerap demi memastikan penularan virus berkenaan dapat dihentikan.

 ??  ?? TEMU RAHAM: Wee (tengah) ketika ditemui pemberita di Pasar Komuniti Stutong semalam.
TEMU RAHAM: Wee (tengah) ketika ditemui pemberita di Pasar Komuniti Stutong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia