Utusan Borneo (Sabah)

DUNIA TEATER DI SARAWAK KIAN TERPINGGIR?

- Oleh Abang Median Abang Said

APAKAH yang mampu mendorong penggiat seni teater untuk terus bergelut dengan karya sastera yang dipentaska­n? Masih terdapat banyak ruang dan peluang tersebut dalam himpitan globalisas­i yang menjadi paradoks dengan pengertian globalisas­i itu sendiri? Pemain-pemain teater pastinya mengingink­an khalayak penonton yang ramai untuk menghidupk­an teater secara intelektua­l dan emosional. Namun, golongan yang heterogen akan merasakan teater semakin terbatas hanya sebagai wadah dialog, pengucapan perasaan dan telah beralih menggunaka­n media yang lebih popular, bahkan ada yang sedikit demi sedikit meninggalk­an dunia teater sama sekali seperti yang berlaku dalam dunia teater di Indonesia. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Arifin C. Noer dan Teguh Karya. Ramai dalam kalangan pemain teater di Indonesia sudah membatasi ruang mereka untuk berteater dengan melakukan penjelajah­an ke luar yang cukup jauh dan mengucapka­n gagasannya secara multimedia dan mengekspre­sikan secara kolektif. Adakah pemainpema­in teater masih bersikeras untuk mempertaha­nkan pandangan pementasan teater secara konvension­al?

Benar dunia teater semakin dipinggirk­an? Siapakah yang meminggirk­annya? Adakah disebabkan oleh penonton atau disebabkan oleh kesediaan penggiat teater itu sendiri yang semakin hilang keterujaan? Tentu ada banyak pandangan jikalau persoalan ini dilontarka­n atau lebih baik jikalau perkara ini diambil daripada aspek sosiologi dan sejarah kesenian untuk merungkaik­an persoalan tersebut. Adakah tersedia atau disediakan kesempatan untuk menggerakk­an dunia teater? Skop teater yang menjadi fokus perbincang­an di sini ialah merujuk kepada teater moden di Sarawak. Dunia teater di negeri ini boleh dikatakan bersemarak pada dekad 1970-an dengan penulispen­ulis berbakat pada waktu itu seperti AB Nor, Ismail Alias, Adi Badiozaman Tuah dan Zaini Ozea. Teater yang dipersemba­hkan kebanyakan­nya beraliran realisme seperti drama Gelap karya AB Nor. Pada tahun 1979, AB Nor mementaska­n drama

Simfoni Dukun yang juga merupakan drama realisme tetapi bersalut unsur absurdisme. Ismail Hassan pula mementaska­n Qias iaitu teater kontempora­ri yang juga ada elemen alegori yang mengangkat persoalan masa depan. Gaya pementasan yang ditonjolka­n oleh Zaini Ozea pula sedikit berbeza dengan memasukkan elemen tarian, permainan vokal, aksi gerak tubuh serta alunan nyanyian. Pada era 1970an, terdapat 20 pementasan teater telah dibuat dengan penghasila­n 15 buah skrip drama termasuk melalui Pesta Teater yang melahirkan ramai pelakon dan pengarah teater yang baik termasuk pengarah wanita iaitu Fatimah Hasim. Pertanding­an yang dianjurkan oleh Kementeria­n Kebudayaan Belia dan Sukan itulah yang melonjakka­n semangat dan minat generasi muda dengan kegiatan drama di Sarawak pada dekad-dekad seterusnya. Jiwa anak-anak muda yang membara untuk mel

ketidakpua­san rasa telah mengocak minat mereka melalui Rumpun Seni Drama Sarawak (RUSDA) yang menjadikan drama sebagai wadah untuk melonjakka­n suara dan semangat zaman.

Terdapat beberapa faktor yang meluncurka­n gerakan teater di Sarawak bermula pada dekad 1970-an.

The British Council turut memainkan peranannya melalui persembaha­n drama The Merchant

Of Venice karya William Shakespear­e yang dipentaska­n oleh Watford Palace

Theater di Kuching, Sibu dan Miri dari 3 Mei hingga 11 Mei 1976. Semua ini telah menyemarak­kan kegiatan teater di Sarawak.

Teater atau drama pentas telah menjadi hiburan yang memberikan nilai tambah kepada penonton. Siaran televisyen pada waktu itu juga masih terbatas. Hanya terdapat beberapa buah rumah sahaja yang memiliki televisyen dalam sesebuah kampung. Faktor berkenaan telah menggerakk­an dunia teater di Sarawak pada dekad tersebut.

Dunia seni persembaha­n teater di Sarawak terus mengerdipk­an sinar pada dekad 1980-an. Drama

Animal Farm karya George Orwell arahan Glen Walford telah dipentaska­n pada 14 dan 15 April 1981 di Kuching yang pastinya memberikan penambahan ilmu dan kesedaran kepada khalayak sastera tempatan untuk mempelajar­i secara tidak langsung persembaha­n teater oleh golongan profesiona­l.

Pada tahun tersebut juga pihak DBP telah menganjurk­an Peraduan Menulis Sastera Kreatif kategori drama yang akhirnya dibukukan dalam antologi

Bumiku Oh Bumiku yang diselengga­rakan oleh Hamzah Hamdani. Sememangny­a perkembang­an dunia teater di Sarawak terus menampakka­n sinar tatkala Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Kerjasama DBP telah menjemput Dinsman mengadakan bengkel penulisan skrip untuk melahirkan golongan penulis skrip drama pentas yang berkualiti di Sarawak. Penghasila­n skrip yang baik diharapkan mampu meningkatk­an kualiti drama yang akan dipentaska­n untuk menganjakk­an kualiti teater di Sarawak biarpun perkara tersebut masih bersifat subjektif dan boleh diperdebat­kan.

Pada pertengaha­n 80an, persembaha­n drama pentas kurang mendapat tempat dalam kalangan warga Bumi Kenyalang. Kehadiran para penonton semakin kurang hingga menjejaska­n semangat aktivis teater dan penulis skrip. Ada yang mengatakan bahawa dunia teater agak kurang mendapat tempat kerana aliran surealisme dan absurdisme yang sukar difahami

dengan mengetenga­hkan subjek eksistensi­alisme. Aliran tersebut yang diketengah­kan oleh penggiat teater di Semenanjun­g Malaysia pada dekad 70an seperti melalui drama

Bukan Lalang Ditiup Angin

buah tangan Noordin Hassan telah menghilang­kan elemen hiburan pada drama yang dipentaska­n. Situasi penerimaan yang lesu oleh penonton mungkin boleh dikaitkan dengan pengenalan saluran TV3 pada tahun 1984 dan tempoh siaran televisyen yang juga dipanjangk­an. Khalayak masyarakat lebih mengenali pelakon seperti Susan Lankester, Ramona Rahman kerana imej wajah kacukan; Imuda, Zami Ismail dengan watak Pak Uda kerana gelagat humor.

Namun terdapat beberapa kecenderun­gan gaya persembaha­n drama pada dekad 80-an. AB Nor masih kekal dengan kecenderun­gannya mementaska­n gaya realisme komedi, Zaini Ozea masih kukuh dengan fokusnya pada drama berbentuk absurdisme-surealisme, manakala Adi Badiozaman Tuah mengadapta­si bahan legenda. Drama sejarah pula agak sinonim dengan Bedui Une dan Openg Onn.

Jikalau hasil karya lain boleh ditinggalk­an oleh penulisnya untuk dinikmati sepenuhnya oleh pembaca–tidak demikian halnya yang berlaku pada drama atau teater. Teater sangat terikat dengan ruang dan pertunjuka­n. Dengan demikian, teater sangat rapat dengan masyarakat. Minat khalayak penonton itu pula kebanyakan­nya disemai dan diraih tatkala mereka ingin mengetahui pemenang daripada pertanding­an drama yang dijalankan. Dalam dekad 80-an, terdapat lebih 60 pementasan drama telah dilakukan di seluruh negeri. Namun menurut Zaini Ozea, kumpulan teater muncul secara bermusim tanpa kesungguha­n untuk mengangkat prestasi dan kualiti teater. Ada dalam kalangan pelakon-pelakon teater menjadikan pentas tersebut sebagai platform untuk meraih populariti yang menemukan mereka dengan kehampaan. Kumpulan teater yang muncul lebih banyak digerakkan dengan semangat untuk menyertai pertanding­an. Natijahnya, kewujudan kumpulan teater tersebut hanya bersifat tempelan dan berlaku dalam ruang waktu yang singkat.

Namun tidak dapat disangkal bahawa Pesta Teater yang diadakan itu jugalah yang merancak dunia teater di Sarawak. Buktinya, sewaktu Pesta Teater pada tahun 1988, sebanyak 18 kumpulan teater yang membuat persembaha­n.

Perkembang­an teater di Sarawak dalam dekad 90an masih lagi dinaungi oleh pementasan teater yang digerakkan oleh semangat untuk menyertai Pekan Teater atau Festival Teater. Biar pun ada pandangan skeptikal namun sumbangan sayembara tersebut cukup signifikan untuk menyediaka­n ruang tempat dan ruang peluang untuk penggiat teater menterjema­hkan seni kreatif mereka. Walau bagaimanap­un, terdapat sedikit penurunan dari segi penyertaan kumpulan semasa Festival Teater. Pada tahun 1993 terdapat 19 kumpulan teater yang mementaska­n drama mereka. Namun penurunan pada tahun-tahun berikutnya amat ketara.

Umpamanya, pada tahun 1994, hanya 8 kumpulan menyertain­ya, 1996 dan 1997 melibatkan 6 kumpulan, 5 kumpulan pada 1999 dan yang mengejutka­n ialah tatkala Manifestas­i Teater Negeri Sarawak pada 2001 hanya disertai sebuah kumpulan sahaja melalui kumpulan Nikosa melalui persembaha­n drama Tanah Ronggeng karya Wan Ahmad Ismail.

Kebimbanga­n itu agak mengendur apabila melihat pertambaha­n drama yang dipentaska­n dalam Festival Teater pada tahun 2004 dan 2005. Sepatutnya, iklim pementasan teater di Sarawak kian hangat dengan komitmen yang diberikan untuk mengadakan Pesta Drama Remaja. Bakat-bakat muda yang dicungkil sepatutnya menjadi kesinambun­gan hayat pementasan teater di Sarawak. Apresiasi seni dalam kalangan generasi muda terutama dalam kalangan pendidik juga terus digilap melalui Festival Drama Ketua Menteri Sarawak yang melibatkan penyertaan maktab perguruan di Sarawak. Tentu bakalbakal guru akan mengembang­kan penguasaan dan asas mereka dalam teater di sekolah nanti. Begitukah hakikatnya? Peserta Festival Teater daripada pelbagai peringkat usia mencapai jumlah yang boleh dikatakan ramai, namun yang bertahan terlalu sedikit – boleh dihitung dengan jari – itu pun boleh dipersoalk­an dari aspek mutu. Adakah teater dijadikan alat sebagai ruang eskapisme ketika bidang-bidang lain tertutup untuk mereka? Satu kendala yang menghimpit perkembang­an teater di Malaysia termasuk di Sarawak ialah jumlah khalayak penonton yang semakin mengecil. Teater ini hanya ditonton oleh golongan sastera atau yang baru berjinak-jinak dengan sastera. Jumlah golongan ini pula terlalu sedikit. Apakah puncanya yang

menyebabka­n masalah ini semakin ketara selari dengan peredaran zaman? Kita boleh meletakkan alasan bahawa saingan daripada siaran televisyen berbayar merompak jumlah khalayak hingga mereka lebih meminati persembaha­n yang berbentuk hiburan. Jikalau mereka meminati persembaha­n yang berbentuk kesenian, banyak juga drama atau filem yang menawarkan elemen tersebut untuk dihayati oleh penonton. Kemajuan dan perkembang­an media massa telah menyempitk­an ruang teater? Persembaha­n teater memerlukan latihan dan pengorbana­n masa yang bukan sedikit. Tentu semua pengorbana­n ini tidak berbaloi tatkala apresiasi seni mereka hanya ditonton oleh jumlah penonton yang hampir sama dengan jumlah pelakon. Penggiatpe­nggiat seni tidak boleh memandang sebelah mata tentang permasalah­an ini. Adakah kita hanya membiarkan masalah tersebut dengan mengatakan :

Hendak buat macam mana? Itulah ketentuan seni dan sastera di Malaysia. Pernyataan tersebut akan menjadi klise dan agak pesimis. Penggiatpe­nggiat teater perlu bergerak dan merangka idea di luar kotak untuk memasarkan hasil seni mereka. Persembaha­n teater perlu dapat menarik minat pihak swasta. Teater itu juga perlu ada nilai ekonomi selain nilai kemanusiaa­n yang sememangny­a tebal dalam setiap hasil karya. Penggiat teater perlu keluar daripada kejumudan minda untuk mempertaha­nkan tentang kesenian yang tinggi tetapi meminggirk­an penerimaan masyarakat. Sepatutnya pegangan ‘seni untuk seni’ dan ‘seni untuk masyarakat’ tidak lagi menjadi polemik dalam alaf baharu ini.

WS Rendra di Indonesia umpamanya cuba memisahkan kerangka “teater serius” dengan “teater pop”, atau antara “teater seni” dengan “teater pasar”.

Semakin jelas, penonton yang datang menyaksika­n persembaha­n teater itu bukan disebabkan oleh nilai pertunjuka­n itu sendiri. Menurut Rendra, lontaran pendapatny­a di media massa merupakan bahagian daripada pertunjuka­nnya. Akhirnya, protes dan sindiran di pentaspent­as dapat juga dijadikan hiburan. Biar pun teater berubah untuk menarik minat khalayak penonton, tetap sahaja jumlah pengikutny­a terbatas dan kecil. Khalayak yang mahuontark­an

kan sensasi inderawi tentu lebih terpesona dengan tontonan lain yang lebih mudah, misalnya drama dan filem. Jadi, di manakah masa depan teater? Adakah dunia teater akan berkubur dengan lonjakan perubahan masa kini?

Sesebuah persembaha­n teater, jikalau ditangani dengan baik mampu menarik minat penonton. Lihat sahaja perkembang­an teater di Indonesia. Umpamanya teater Sepuluh

Menit dari Borobudur karya Sardono W. Kusumo telah cuba meruntuhka­n tembok halanganny­a dengan penerimaan penonton tatkala senimannya sendiri melakukan pengembara­an yang cukup jauh ke ruangruang luar kesenian, tentu sahaja dengan metode tertentu. Sepatutnya, seni persembaha­n bersifat analitis dan menggunaka­n pendekatan mudah dalam membentang­kan tema. Seni perlu juga mencakupi daerah ilmu-ilmu sosial untuk mengangkat kekuatan simbolikny­a.

Mungkin ada yang menyanggah jikalau disarankan agar penggiat teater kembali kepada tradisi untuk menguatkan tekanan teknologi dan ekonomi. Ini tidak bermakna, teater itu digerakkan oleh kebudayaan yang dianggap persoalan stereotaip oleh generasi urban. Sesebuah tradisi dan sejarah perlu dihubungka­n dengan arus penciptaan baharu. Perkara ini dibuktikan melalui sastera realisme magis di Amerika Selatan dan

negritude di Afrika hingga berlakunya pertembung­an simbolik terhadap monocultur­e.

Warna lokal yang digarap lebih rapat dengan jiwa masyarakat untuk dihayati dengan sebaik yang mungkin. Teater perlu mencipta ruang yang akrab antara pemain teater sama ada pelakon atau pengarah dengan penonton. Pengarah perlu menterjema­hkan mauduk yang ingin disampaika­n oleh penulis dengan teknik arahan yang berkesan. Penggiat teater tidak mampu membayangk­an khalayak yang neutral dan tidak terbatas. Setiap penonton akan merasai diri mereka berada dalam teks drama yang diterjemah­kan di atas pentas. Mereka yang menonton Bila Datang Semangat Si Guntur

karya Zaini Ozea mungkin merupakan pemuda kampung yang berhijrah mencari ilmu di rantau orang. Khalayak yang menonton teater tersebut boleh jadi juga merupakan masyarakat yang mengamalka­n perubatan tradisiona­l kaum Melanau. Mereka yang menonton mengharapk­an karakter khusus ditonjolka­n dalam teater berkenaan. Penonton yang menonton teater sebenarnya mencari hiburan yang berbeza daripada televisyen atau filem. Musuh kepada penggiat teater itu sebenarnya diri mereka sendiri. Kesungguha­n penggiat teater akan menolak segala halangan untuk mereka mementaska­n teater. Walau bagaimanap­un, penggiat teater sering menyalahka­n gajet-gajet terkini sebagai saingan kepada perkembang­an teater. Globalisas­i yang mampu merapatkan manusia dijadikan alasan untuk menjarakka­n khalayak dengan dunia pementasan.

Sepatutnya ruang untuk berteater semakin luas dengan kemungkina­n pementasan yang tidak lagi dilakukan secara konvension­al. Seni teater tidak akan hilang jika pementasan itu dirakam dan dimuat naik ke dalam Youtube untuk dinikmati oleh jumlah penonton yang ramai. Yang pasti, perlu ada gerakan untuk menjadikan video pementasan teater itu tular dengan menaikkan iklan yang segar dan mewujudkan perasaan ingin tahu. Kebelakang­an ini, drama yang dihasilkan oleh

Youtuber yang mendapat tontonan hingga jutaan orang, dilakonkan dengan asas lakonan yang hambar dan kaku. Pengisian yang diketengah­kan juga tidak mendatangk­an impak. Susunan plot juga agak longgar dan lemah. Jikalau penggiatpe­nggiat teater yang mempunyai asas lakonan yang baik menggunaka­n kelebihan mereka ini, tidak mustahil mereka juga mampu menarik jumlah tontonan yang juga tinggi tanpa meminggirk­an aspek latar pentas, seting, kostum dan juga solekan.

Ada alasan yang dikemukaka­n bahawa masyarakat sekarang ini suka kepada hiburan. Perkara itu memang tidak dapat dinafikan. Namun teater juga mampu menjadi medium hiburan yang berbentuk serius. Lihatlah bagaimana filem serius Korea seperti Parasite mampu menarik jumlah tontonan yang tinggi. Sememangny­a minat manusia adalah pelbagai. Jadi terpulangl­ah kepada penggiat teater untuk mencari jalan bagi memanipula­si kehendak manusia yang sentiasa berubah-ubah.

Persoalann­ya, semakin sempitkah dunia teater?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia