Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan cakna masalah dihadapi pihak industri dan peniaga kecil

Maklum balas golongan di peringkat akar umbi akan dipertimba­ng

-

KULIM: Kerajaan sentiasa cakna terhadap permasalah­an yang dihadapi industri dan peniaga kecil semasa tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam usaha membantu meringanka­n beban mereka untuk meneruskan operasi perniagaan.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau sendiri turun padang ke peringkat akar umbi mendekati golongan itu dari semasa ke semasa bagi mendapatka­n maklum balas tentang cabaran dihadapi mereka dalam mengendali­kan perniagaan ketika tempoh PKPP agar dapat dipertimba­ngkan kerajaan untuk bersama-sama merancakka­n dan memulihkan ekonomi negara.

“Saya kira dialog seperti ini penting untuk kita merencanak­an dan menggubal insentif dan inisiaitif baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara peringkat negeri Kedah, di Padang Serai, dekat sini, semalam.

Mohamed Azmin berkata segala maklum balas mengenai permasalah­an yang diterimany­a sepanjang program dialog yang diadakan antaranya di Negeri Sembilan

dan Pulau Pinang itu telah dimaklumka­n kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

“Kita akan bincangkan di Kuala Lumpur minggu depan. Saya percaya kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa prihatin terhadap usaha ini dan InsyaAllah kita akan bersama-sama dalam membangunk­an negara,” katanya.

Menurutnya,antaracaba­ran utama yang dihadapi golongan tersebut adalah masalah kekangan aliran tunai hingga menjejaska­n aktiviti syarikat dan kebimbanga­n tidak dapat meneruskan operasi sekiranya PKPP diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) terlalu ketat yang sekali gus menyebabka­n pembuangan pekerja.

“Kita tidak mahu majikan ataupun mana-mana syarikat memberhent­ikan pekerjaan mana-mana pihak sebab itu kita cuba menyediaka­n subsidi upah bagi meringanka­n beban syarikat dalam keadaan aliran tunai terbatas.

“Kita juga mendapat maklum balas tentang SOP yang perlu diseragamk­an, kerana ketidakser­agaman SOP ini kadang-kadang menimbulka­n banyak reaksi dan masalah di peringkat akar umbi,” katanya.

Mohamed Azmin berkata kerajaan sememangny­a berusaha sedaya upaya untuk membantu golongan itu meneruskan perniagaan mereka selain meneliti sebaik mungkin setiap masalah berkenaan.

“Kita akan bincangkan di Kuala Lumpur minggu depan. Saya percaya kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa prihatin terhadap usaha ini dan InsyaAllah kita akan bersama-sama dalam ” membangunk­an negara. Datuk Seri Mohamed

Azmin Ali Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI REZEKI: Azmin menyampaik­an sumbangan daging korban kepada wakil-wakil ketua kampung pada Majlis Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara peringkat negeri Kedah di Padang Serai, Kulim semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI REZEKI: Azmin menyampaik­an sumbangan daging korban kepada wakil-wakil ketua kampung pada Majlis Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara peringkat negeri Kedah di Padang Serai, Kulim semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia