Utusan Borneo (Sabah)

WARISAN kekal tanding kerusi asal

Tambahan 13 kerusi baharu akan dibincang bersama rakan gabungan, kata Shafie

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan bertanding di kesemua kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerusi yang dimenangi oleh DAP, PKR dan UPKO pula akan dipertahan­kan parti berkenaan.

“Untuk 13 kerusi baharu, ini kita akan berbincang lagi dengan lebih lanjut... oleh itu saya meminta kesemua parti PH, UPKO dan WARISAN untuk senaraikan nama-nama calon dan kita bersama-sama akan memilih dan menghalusi.

“Kita mahu calon pasti menang dan yang penting tidak pandai melompat apabila menang nanti. Kita mahukan calon yang benar-benar mempunyai nilai diri,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan Mesyuarat WARISAN di sini, semalam.

Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak akan terjadi sekiranya tidak wujud gangguan-gangguan dari pihak lawan yang cuba merampas kuasa secara tidak demokrasi.

Oleh itu katanya, kuasa diserahkan balik kepada rakyat untuk memilih semula pemimpin negeri ini. Rakyat juga tahu untuk menilai mereka yang ‘melompat-lompat’ dalam arena politik.

“Persediaan sewajarnya perlu dicapai pada masa terdekat, walaupun berhadapan dengan COVID-19, kita uruskan keadaan ini dengan baik tetapi wujud pula COVID Politik.

“Saya yakin rakyat Malaysia di Sabah tahu siapa mereka mahu pilih sama ada Musa, Anifah, Bung, Hajiji atau saya untuk menjadi pemerintah Sabah.

“Mereka kata kita gagal dalam dua tahun pemerintah­an tetapi mereka lupa mereka sudah perintah selama 60 tahun tetapi masih gagal.

“Ada orang terlepas daripada SPRM, dia ada duit dan duit itu diguna beli orang,” katanya.

Shafie yang juga Ketua Menteri turut menggesa kepada semua pengundi agar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarka­n Suruhan Pilihan Raya (SPR) nanti.

Katanya, beberapa Pilihan

Raya Kecil (PRK) sudah diadakan di Semenanjun­g Malaysia ketika musim COVID, negara lain juga berjaya mengadakan perkara yang sama.

“Tidak dinafikan ada kita kena kritik untuk adakan PRN, tetapi sekiranya kita tidak diganggu, PRN ini tidak mungkin terjadi.

“Saya juga yakin PRN kali ini boleh menambah kekuatan kita,” katanya.

Katanya, pada PRU lalu WARISAN sememangny­a sudah menang banyak kawasan tetapi ada kawasan yang proses pengiraan undi sehingga jam 3 pagi.

“Satu DUN ada 20 Pusat Daerah Mengundi, ada kawasan kira sampai tiga dan empat kali, kira dua kali masih kalah tetapi kira kali ketiga menang pula.

“Putatan pengundi bukannya sangat banyak tapi mahu kira sampai 3 pagi sedangkan proses mengira bermula sejak tutupnya proses mengundi jam 5 petang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Shafie (dua kiri) bersama para pemimpin WARISAN merakamkan gambar kenangan.
BERSEMANGA­T: Shafie (dua kiri) bersama para pemimpin WARISAN merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia