Utusan Borneo (Sabah)

TYT sumbang sembilan lembu korban

Diagih kepada golongan sasar, termasuk fakir miskin serta pasukan keselamata­n

-

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin menyumbang­kan sembilan ekor lembu untuk ibadat korban pada Aidiladha tahun ini.

Timbalan Setiausaha Sulitnya Ag Damit Pg Apong berkata, lapan daripada sembilan binatang korban itu disumbang kepada pasukan keselamata­n, sementara seekor lagi lembu diuruskan oleh Istana Negeri untuk diagihkan kepada 20 keluarga fakir miskin di Jalan Lintas serta Kg Kaguraan Kota Belud.

“Tujuh ekor telah kita serahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Ibu Pejabat Polis Daerah (Ipd) Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Ibu Pejabat

Penjara Sabah, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Devisyen Kelima Infrantri (5 Div) dan Markas 5 Briged ESSCom Lahad Datu,

“Manakala dua ekor lagi, kita telah hantar ke Rumah Sembelih Jabatan Perkhidmat­an Veterinar dekat Kinarut yang diketuai Setiausaha Sulit Kepada TYT Sabah, Abinan Asli sebelum dilapah di Istana Negeri untuk proses pengagihan kepada golongan fakir miskin,” katanya ketika dihubungi.

Ag Damit turut menjelaska­n jumlah itu tidak termasuk dua ekor lembu sumbangan peribadi Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang dihantar ke Kg Bambangan Kota Marudu serta Kg Mosopoh Nabawan dan diuruskan oleh wakil yang dilantik oleh pengurusan Istana Negeri, Awang Malik dan Ikhwan Buntarang.

Dalam pada itu, Ketua

Polis Daerah Asisten Komisioner Habibi Majinji turut mengetuai majlis ibadat korban tujuh ekor lembu termasuk sumbangan daripada Tun Juhar di IPD Kota Kinabalu semalam.

Bermula daripada proses penyembeli­han, melapah sehingga agihan kepada lebih 30 fakir miskin serta warga IPD berkenaan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) amat dititikber­atkan dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal dalam kalangan lapan pegawai dan 50 anggota. — Penerangan

 ??  ?? SEMBELIH: Lembu korban disembelih di Rumah Sembelih Jabatan Perkhidmat­an Veterinar.
SEMBELIH: Lembu korban disembelih di Rumah Sembelih Jabatan Perkhidmat­an Veterinar.
 ??  ?? LAPAH: Proses melapah dilakukan oleh warga Istana Negeri sebelum diagihkan kepada fakir miskin.
LAPAH: Proses melapah dilakukan oleh warga Istana Negeri sebelum diagihkan kepada fakir miskin.
 ??  ?? KERJASAMA: Masyarakat Kg Kaguraan Kota Belud melapah daging binatang korban.
KERJASAMA: Masyarakat Kg Kaguraan Kota Belud melapah daging binatang korban.
 ??  ?? AGIH: Awang (kanan) mengagihka­n daging korban kepada fakir miskin di Kg Mosopoh Nabawan.
AGIH: Awang (kanan) mengagihka­n daging korban kepada fakir miskin di Kg Mosopoh Nabawan.
 ??  ?? TAKLIMAT: Habibi (kanan) memberi taklimat mengenai pematuhan SOP kepada lapan pegawai dan 50 anggota.
TAKLIMAT: Habibi (kanan) memberi taklimat mengenai pematuhan SOP kepada lapan pegawai dan 50 anggota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia