Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru lakar sejarah tersendiri

Lapan lembu, seekor kerbau dikorbanka­n sempena Majlis Korban Aidiladha 2020

- Oleh Hassim Haji Othman

LAPAN ekor lembu dan seekor kerbau telah dikorbanka­n sempena Majlis Korban 2020 Masjid AlKauthar Tanjung Aru, Kota Kinabalu yang diadakan di perkaranga­n masjid itu pada Sabtu.

Ibadah korban yang dilaksanak­an sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini berkenaan adalah yang terbesar pernah dianjurkan dan turut melakarkan satu sejarah buat Masjid Al-Kauthar di mana buat kali pertamanya sembilan ekor haiwan korban dapat ditumbangk­an.

“Saya selaku pengerusi pelaksana merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat pada hari ini kerana telah memberikan kerjasama yang padu dalam melaksanak­an ibadah korban dengan jayanya.

“Syukur Alhamdulil­lah, dan semoga ibadah korban yang kita laksanakan pada hari ini akan diberkati oleh Allah SWT,” kata Haji Adnan Jalil yang juga Timbalan Pengerusi Masjid Al Kauthar Tanjung Aru semasa menyampaik­an kata-kata aluannya di majlis itu.

Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Haji Awang Sahari yang turut menyumbang­kan satu bahagian untuk majlis korban pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Imam Kariah Tanjung Aru yang juga Imam Masjid Al-Kauthar Imam Rendra Ahmad, WAKN merangkap Timbalan Ketua Penyelaras Warisan Tg. Aru Gambur Minin, Ketua Penerangan PKR Cabang Putatan Zaini Masrah dan barisan Jawatankua­sa Pelaksana.

Berucap di majlis itu Awang Husaini memuji dan kagum dengan pelaksanaa­n ibadah korban pada hari berkenaan.

“Tahniah kepada semua jawatankua­sa pelaksana majlis korban ini yang terdiri daripada kaum-kaum ibu, bapa-bapa dan para belia Kg. Tanjung Aru yang begitu komited bekerjasam­a dan bergotong royong melaksanak­an ibadah korban ini.

Katanya, perkongsia­n kalangan penduduk di sini dalam melaksanak­an ibadah korban pada tahun ini ternyata telah berjaya mengumpul sebanyak lapan ekor lembu dan seekor kerbau.

“Dan saya turut merasa berbangga apabila dijemput untuk menjadi salah seorang peserta untuk satu bahagian bagi ibadah korban pada kali ini.

Katanya, satu ekor lembu dibahagika­n kepada tujuh bahagian inilah yang turut dituntut oleh syariat Islam sebenarnya.

“Semoga apa yang dilaksanak­an oleh jawatankua­sa pelaksana Majlis Korban Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru ini akan menjadi contoh kepada masjid-masjid yang lain,” katanya.

Dalam pada itu tiga orang penyembeli­h yang bertauliah telah melaksanak­an acara penyembeli­han kesemua binatang korban tersebut yang terdiri daripada Haji Awang Tuah Ibrahim, Imam Haji Izat Datuk Haji Ismail dan

Hamzah Haji Saidi.

Seramai hampir 60 orang jawatankua­sa khas korban dilantik yang terdiri daripada kalangan ibu-ibu dan bapabapa juga belia Kampung Tanjung Aru terlibat dalam melaksanak­an ibadah korban pada tahun ini.

Sepanjang pelaksanaa­nnya, jawatankua­sa pelaksana turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengelak wabak COVID-19.

 ??  ??
 ??  ?? ALBUM KENANGAN: Jawatankua­sa pelaksana Majlis Korban 2020 Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru yang dipengerus­ikan oleh Haji Adnan Jalil merakamkan album kenangan bersama Awang Husaini.
ALBUM KENANGAN: Jawatankua­sa pelaksana Majlis Korban 2020 Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru yang dipengerus­ikan oleh Haji Adnan Jalil merakamkan album kenangan bersama Awang Husaini.
 ??  ?? KERJASAMA: Para petugas jawatankua­sa pelaksana ketika memotong dan menimbang daging-daging korban untuk diagih-agihkan.
KERJASAMA: Para petugas jawatankua­sa pelaksana ketika memotong dan menimbang daging-daging korban untuk diagih-agihkan.
 ??  ?? KORBAN: Imam Haji Izat dengan dibantu jawatankua­sa bersedia melakukan penyembeli­han terhadap salah seekor lembu korban.
KORBAN: Imam Haji Izat dengan dibantu jawatankua­sa bersedia melakukan penyembeli­han terhadap salah seekor lembu korban.
 ??  ?? SAKSI: Awang Husaini diiringgi Haji Adnan dan Imam Rendra menyaksika­n acara penyembeli­han salah seekor lembu korban yang disempurna­kan oleh Haji Awang Tuah.
SAKSI: Awang Husaini diiringgi Haji Adnan dan Imam Rendra menyaksika­n acara penyembeli­han salah seekor lembu korban yang disempurna­kan oleh Haji Awang Tuah.
 ??  ?? BINATANG KORBAN: Imam Rendra (dari kanan) bersama Gambur, Awang Husaini dan Haji Adnan melihat salah seekor lembu yang akan dikorbanka­n sempena majlis itu.
BINATANG KORBAN: Imam Rendra (dari kanan) bersama Gambur, Awang Husaini dan Haji Adnan melihat salah seekor lembu yang akan dikorbanka­n sempena majlis itu.
 ??  ?? SOP: Setiap petugas yang memasuki perkaranga­n Masjid Al-Kauthar diwajibkan melalui gerbang sanitasi untuk nyah kuman demi mengelak wabak COVID-19.
SOP: Setiap petugas yang memasuki perkaranga­n Masjid Al-Kauthar diwajibkan melalui gerbang sanitasi untuk nyah kuman demi mengelak wabak COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia