Utusan Borneo (Sabah)

SENARAI MUKTAMAD MINGGU DEPAN

Pengagihan kerusi, calon antara WARISAN dan rakan parti gabungan

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Senarai muktamad pengagihan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penentuan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) mewakili gabungan parti kem Kerajaan Negeri akan diketahui pada minggu hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, semua parti termasuk Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dipimpinny­a masih dalam proses penilaian calon.

“Kita sudah perincikan beberapa perkara untuk diatasi segera terutamany­a penting untuk memuktamad­kan hal berkaitan pembahagia­n kerusi dan pemilihan calon,” katanya.

Shafie berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat WARISAN, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Pakatan Harapan (PH), di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Pengerusi PH Sabah merangkap Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Christina Liew, Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Lahirul Latigu.

Mengulas lanjut, Presiden WARISAN itu berkata, PRN 2020 akan dihadapi dengan semangat setiakawan gabungan parti terlibat untuk mempertaha­nkan mandat Kerajaan Negeri.

“Kita sudah bincang mengenai pengagihan kerusi sesama parti terlibat dan kita akan semak (latar belakang calon terlebih dahulu) kerana yang penting adalah kemenangan.

“Calon-calon muka baharu juga dalam pertimbang­an kita termasuk ada latar belakang pendidikan, tetapi kriteria utama adalah kita tidak mahu calon yang dipilih lompat parti.

“Kita boleh letak pakar, lulusan ijazah atau doktor sebagai calon, tetapi kalau akhirnya dia melompat, itu tidak berguna, yang penting mesti setia dalam perjuangan,” katanya.

Ditanya berhubung kemungkina­n ahli-ahli parlimen kem Kerajaan Negeri disenaraik­an sebagai calon pula, beliau berkata hal itu tidak mustahil untuk memastikan kemenangan.

Pada masa sama, pengagihan kerusi buat pertama kalinya untuk PAN pula disifatkan sebagai usaha bersama untuk memastikan kemenangan PRN milik gabungan mereka.

“Dahulu pertimbang­an kita, PAN parti baharu manakala DAP dan PKR pula sudah lama bertapak di Sabah malah mempunyai kekuatan dan ada penerimaan daripada pengundi.

“Namun, kita berkongsi kuasa dengan semua gabungan parti dan pada masa sama kita tahu parti tempatan menjadi fokus utama kerana itu yang akar umbi mahu,” katanya.

 ??  ?? SETIA: Shafie (tengah) bersama pemimpin-pemimpin parti gabungan WARISAN bergambar selepas mesyuarat itu di sini semalam.
SETIA: Shafie (tengah) bersama pemimpin-pemimpin parti gabungan WARISAN bergambar selepas mesyuarat itu di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia