Utusan Borneo (Sabah)

WARISAN pilih calon boleh tambat hati rakyat, setia dan berpengala­man

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Parti Warisan Sabah (WARISAN) dijangka memilih kriteria calon yang dapat menambat hati rakyat, setia dan mempunyai pengalaman berkhidmat untuk rakyat.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Jaujan Sambakong berkata, tiga kriteria itu yang akan diambil kira dalam memilih calon Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“WARISAN sangat menitikber­atkan pemilihan calon yang akan bertanding, malah sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lagi kami sudah membuat saringan terhadap semua calon.

“Kami juga melihat saringan yang dilakukan sebelum ini sangat berjaya kerana terbukti semua wakil rakyat WARISAN yang menang PRU lalu tiada seorang pun yang bertindak keluar parti walaupun mendapat tawaran yang lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Penerangan Isu Semasa dan perjumpaan seluruh pimpinan WARISAN Semporna, di sini semalam.

Menyentuh mengenai penambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata pihaknya yakin dan optimis bahawa WARISAN boleh menguasai kerusi-kerusi berkenaan.

“Berdasarka­n gerak kerja dan kesungguha­n menjaga hak rakyat sebelum ini, kita yakin rakyat sudah boleh menilai parti mana yang mereka akan pilih.

“Tambahan pula dengan sikap pemimpin lawan yang lebih gemar mengkhiana­ti mandat rakyat menggambar­kan pemimpin seperti itu hanya mempunyai agenda dan kepentinga­n diri sendiri.

“Kita tidak mahu lagi menjadi ‘Fixed Deposit’ seperti dahulu, negeri Sabah boleh maju jika ditadbir oleh parti tempatan kerana kita mempunyai pemimpin yang berkaliber,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, tindakan membubarka­n Dewan Undangan Negeri baru-baru ini merupakan satu langkah yang betul dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk Seri

Panglima Mohd Shafie Apdal.

“Hal ini kerana, tindakanny­a itu bersifat adil kepada rakyat di saat berlakunya kemelut politik kerana rakyat lebih berhak menentukan pemimpin mana yang mereka mahu,” katanya.

Mengulas mengenai program hari ini, beliau berkata ia merupakan perjumpaan bersama seluruh sayap parti Semporna untuk menjelaska­n isu semasa yang berlaku dalam kerajaan negeri Sabah.

“Kita diarahkan pimpinan berbuat demikian supaya tidak berlaku kebimbanga­n kepada rakyat kerana banyak berita yang tidak betul berlegar di media sosial ketika ini,” katanya.

 ??  ?? PERJUMPAAN: Jaujan hadir melakukan perjumpaan bersama pemimpin sayap parti WARISAN Semporna.
PERJUMPAAN: Jaujan hadir melakukan perjumpaan bersama pemimpin sayap parti WARISAN Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia