Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah kerusi dan calon PH, tunggu dan lihat

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Christina Liew menyifatka­n masih terlalu awal untuk mendedahka­n senarai nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020.

Menurut penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api itu, buat masa ini mesyuarat masih berjalan termasuk melibatkan perbincang­an sesama parti komponen PH.

“Kita akan bermesyuar­at pada Rabu ini,” katanya, di sini, semalam, semasa ditanya berhubung jumlah calon dan kerusi yang PH akan bertanding pada PRN kali ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berkata, persetujua­n perlu dicapai bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Sebelum hasil perbincang­an itu dibawa untuk perhatian Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta pemimpin gabungan parti lain.

“Untuk PKR pula kita masih menyediaka­n senarai nama calon dan kita akan mesyuaratk­an terlebih dahulu untuk mengenal pasti calon dan kerusi,” katanya.

Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, pihaknya juga masih belum mempunyai kata putus berhubung jumlah kerusi DUN dan senarai nama calon.

“Kita setuju keutamaan yang penting adalah memilih pemimpin parti yang setia dengan parti dan boleh membawa kemenangan, semua ini dibawa dalam perbincang­an.

“Lebih-lebih lagi kita mempunyai ramai calon berbakat yang berminat dan pada masa sama, kita mahu memastikan hubungan baik dengan WARISAN dan PH,” katanya.

Ditanya berhubung kerusi tradisi UPKO termasuk DUN Kuamut pula, Madius berkata parti itu mahu terus bertanding di semua kerusi yang pernah calon mereka menangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia