Utusan Borneo (Sabah)

DAP Sabah mahu kekal tanding tujuh kerusi DUN

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: DAP Sabah mahu bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi­nya sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, tujuh kawasan DUN yang ditanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu Tanjung Papat, Elopura, Sri Tanjung, Kepayan, Luyang, Likas dan Bingkor.

Beliau berkata, DAP Sabah mahu bertanding di tujuh kawasan DUN yang sebelum ini pada 2018 dalam PRU14 lepas.

“Mesti kekalkan, kita menang sebelum ini,” katanya selepas mesyuarat Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersama UPKO dan Pakatan Harapan di Ibu Pejabat WARISAN, Kolombong, semalam.

Frankie berkata, keputusan meletakkan calon-calon bertanding PRN kali ini adalah terpulang kepada pengerusi-pengerusi negeri bagi menentukan calon setiap parti masing-masing.

“Lepas itu, kita akan mengadakan runding bagi pengagihan kerusi DUN yang kita tanding,” katanya.

Beliau yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat menjelaska­n keputusan belum dibuat lagi dan pihaknya menunggu perbincang­an pada malam ini (semalam).

Ditanya adakah beliau bertanding di DUN Tanjung Papat semula, Frankie berkata terpulang kepada rakyat pemimpin DAP di kawasan itu sama ada mahu dia bertanding semula di situ.

Beliau berkata, dia sudah menjalanka­n khidmatnya di kawasan itu terpulangl­ah kepada rakyat dan para pemimpin DAP untuk menilai kerjanya sama ada baik atau tidak baik.

Setakat ini, beliau berkata selaku pengerusi dia akan menumpukan untuk menjelajah seluruh Sabah bagi membantu calon-calon bertanding kali ini.

Ditanya peluang DAP Sabah memenangi semula kerusi diwakiliny­a sebelum ini, Frankie berkata beliau telah melakukan yang terbaik terserah kepada Tuhan yang menentukan.

“Kita akan berusaha keras untuk menangkan kerusi yang kita tandingi pada PRN akan datang ini. Saya yakin peluang kita untuk menang semula memang ada,” katanya.

 ??  ?? FRANKIE
FRANKIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia