Utusan Borneo (Sabah)

Calvin ucap terima kasih atas sokongan masyarakat sepanjang memimpin DUN Elopura

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Penyandang ADUN Elopura Calvin Chong Ket Kiun menyuaraka­n rasa terima kasih kepada masyarakat Sandakan khususnya penduduk Elopura yang telah menyokong beliau sepanjang lebih dua tahun memimpin DUN Elopura.

Menurutnya, beberapa projek pembanguna­n seperti mewujudkan jalan-jalan perhubunga­n antara kawasan serta projek menaik taraf dan kerja pembaikan yang bukan sahaja telah dirancang, bahkan telah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan kini tidak lagi dapat diteruskan kesan daripada pembubaran DUN Sabah.

Beliau yang turut berjaya membawa pelabur-pelabur asing untuk datang melabur di Sandakan juga berharap sekiranya projek-projek itu dapat diteruskan, lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada masyarakat Sandakan.

Sepanjang pimpinan beliau, pasukannya telah sedaya-upaya membantu dalam menyelesai­kan masalah rakyat.

Malah, setiap individu yang memasuki pejabat DUN Elopura sentiasa disambut dengan senyuman manis dan layanan terbaik oleh pasukannya.

Calvin sangat terharu akan sokongan padu yang tidak henti-henti diberikan oleh pengundi-pengundi beliau sepanjang dua tahun memimpin DUN Elopura.

“Saya berharap agar pilihan raya kali ini, penduduk Sandakan akan meletakkan kepercayaa­n kepada saya untuk meneruskan usaha-usaha yang telah dirancang demi pembanguna­n penduduk dan kawasan Elopura.

“Semangat dan perjuangan serta fokus saya tidak pernah berubah sejak masyarakat Sandakan meletakkan kepercayaa­n kepada saya dua tahun yang lalu. Inilah menjadi kekuatan yang saya genggam sehingga ke titik akhir perjuangan saya,” katanya.

 ??  ?? CALVIN
CALVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia