Utusan Borneo (Sabah)

Pandikar Amin dijangka tanding DUN N08 Pintasan

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTA KINABALU: Kerusi Dewan Undangan Negeri N.08 Pintasan dijangka menjadi salah satu kawasan baharu yang menjadi tumpuan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-16 yang terpaksa diadakan pada tarikh yang belum diumumkan selepas DUN Negeri dibubarkan 30 Julai lalu.

Ketua Umum Parti Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dijangka bertanding di kawasan yang baru diwujudkan dalam persempada­n baharu pilihan raya yang baru diwartakan.

N.08 Pintasan yang terletak di Parlimen P169 Kota Belud adalah salah satu daripada tambahan 13 kawasan DUN Baru.

Sekadar rekod, selain DUN N08 Pintasan, 12 kawasan DUN baharu yang lain ialah N02 Bengkoka (Parlimen Kudat), N06 Bandau (Kota Marudu), N13 Pantai Dalit (Tuaran), N17 Darau (Sepanggar), N24 Tanjung Keramat (Putatan) N27 Limbahau (Papar), N44 Tulid (Pensiangan) N47 Telupid (Beluran), N51 Sungai Manila (Libaran), N58 Lamag (Kinabatang­an) N61 Segama (Lahad Datu) N70 Kukusan (Kalabakan).

Pandikar Amin yang juga mantan Speaker Parlimen Malaysia membayangk­an hasratnya bertanding di

DUN N08 Pintasan yang baru duwujudkan walaupun namanya turut disebut di beberapa kawasan DUN lain di Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Kehadiran Pandikar Amin pasti merancakka­n pertanding­an dalam pilihan raya kali ini dan memberi kekuatan kepada USNO untuk bangkit memperjuan­gkan dan membela hak dan kepentinga­n rakyat selaras dengan `new deal’ .

Pandikar Amin, yang mula menceburka­n diri dalam politik pada 1982 dan pernah menganggot­ai Kabinet negeri dan Kabinet Persekutua­n dilihat mampu memenangi kerusi N08 Pintasan, namun terpaksa bertembung dengan beberapa nama yang tidak kurang hebatnya.

Antara pemimpin yang dijangka bertanding di DUN N08 Pintasan termasukan Timbalan Presiden PBS, Datuk Almudin Kaida, pemimpin PKR Kota Belud, Milus Haji Alu dan lain-lain lagi.

 ??  ?? PANDIKAR AMIN
PANDIKAR AMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia