Utusan Borneo (Sabah)

Najib kembali ke mahkamah tinggi untuk perbicaraa­n kes 1MDB

-

KUALA LUMPUR: Selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitka­n penyelewen­gan RM42 juta dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd minggu lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraa­n kes 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) membabitka­n RM2.3 bilion.

Bekas perdana menteri ketujuh itu, yang dibebaskan dengan jaminan RM2 juta, dan para penyokongn­ya dilihat memakai pelitup muka sepanjang perbicaraa­n.

Prosiding semalam bermula dengan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed meneruskan soal balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 50, yang memberikan keterangan sejak 23 Sept tahun lepas.

Selepas diajukan beberapa soalan berkaitan pengambila­lihan sebuah syarikat tenaga iaitu Mastika Lagenda Sdn Bhd oleh 1MDB, Shahrol Azral bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin bahawa urus niaga itu hanyalah satu wayang bagi menipu lembaga pengarah.

“Pada masa itu (2012), saya tidak tahu tetapi kini berdasarka­n pengalaman, ya,” kata saksi itu.

Mastika Lagenda memiliki 75 peratus saham dalam syarikat Genting Sanyen Power Sdn Bhd (GSP), yang sebelum ini dilaporkan diambil alih oleh 1MDB selepas mendapat persetujua­n menyeluruh daripada Najib.

Wan Aizuddin berkata berdasarka­n fakta, tidak ada persetujua­n bertulis daripada lembaga pengarah dan Najib, yang ketika itu mewakili Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MOF Inc) untuk meneruskan pengambila­lihan Mastika Lagenda.

Beliau berkata perkara yang sama berlaku bagi tawaran opsyen untuk pengambila­n 49 peratus saham ekuiti dalam 1MDB Energy Holdings Ltd, anak syarikat 1MDB.

Shahrol Azral bagaimanap­un tetap mengatakan bahawa beliau mendapat persetujua­n menyeluruh untuk meneruskan­nya.

Meskipun beliau diasak berkali-kali mengenai dakwaan bersubahat dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan tokoh lain yang terlibat dalam skandal 1MDB untuk menggelapk­an berjuta-juta ringgit daripada syarikat itu, Shahrol Azral tetap mengatakan bahawa beliau tidak terlibat langsung dengan mereka.

Terdahulu, Hakim Collin Lawrence Sequerah bertanya berapa lama lagi pembelaan akan menyoal balas saksi itu dan Wan Aizuddin menjawab dua minggu.

Wan Aizuddin memaklumka­n mahkamah bahawa peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan soalan balas terhadap saksi itu hari ini.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n amaun sama.

Perbicaraa­n bersambung hari ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARA: Selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitka­n penyelewen­gan RM42 juta dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd minggu lepas Najib kembali ke Mahkamah Tinggi semalam untuk perbicaraa­n kes 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) membabitka­n RM2.3 bilion.
— Gambar Bernama DIBICARA: Selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitka­n penyelewen­gan RM42 juta dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd minggu lepas Najib kembali ke Mahkamah Tinggi semalam untuk perbicaraa­n kes 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) membabitka­n RM2.3 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia