Utusan Borneo (Sabah)

Penerangan UMNO Libaran sokong calon UMNO di DUN Sg. Sibuga, Sg. Manila dan Gum-Gum

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Penerangan UMNO Bahagian Libaran menyokong apa juga keputusan pimpinan UMNO Negeri Sabah bagi menentukan calon-calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (DUN) bagi tiga kawasan DUN dalam Parlimen Libaran.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Libaran Ali Munar Haji Otoh berkata, pendirian Penerangan UMNO Bahagian Libaran akan meletakkan kepercayaa­n penuh dan menyokong siapa juga calon yang diketengah­kan pada PRN kali ini.

Beliau berkata, apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO Negeri yang diterajui oleh Dato’ Sri Bung Moktar Radin berhubung perkara ini pihaknya akan akur dan memberi sokongan penuh kepada calon-calon yang pilih.

“Bagi kami apa juga keputusan yang dibuat, kami akan menyokong dan berusaha membantu dalam memastikan kemenangan caloncalon yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan UMNO itu sendiri,” katanya.

Ali Munar berkata, parti UMNO merupakan satu yang didukung sebagai satu perjuangan yang telah memerdekak­an negara, membantu rakyat seluruhnya dan menjaga hak Islam serta Bumiputera.

“UMNO juga bukan satu parti politik semata-mata tetapi perlu kita hayati serta dukung dalam perjuangan Islam itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ibadah korban di Masjid Nurul Aman Kampung Gum-Gum, Kanangan Manis dan Kampung Sungai Kayu Rancangan Sungai Manila pada Hari Raya Aidiladha pertama.

Hadir sama bersama rakyat, Ketua UMNO Bahagian Libaran Suhaimi Haji Nasir yang turut menyumbang beberapa ekor lembu untuk dikorbanka­n.

Beliau berkata, Penerangan UMNO Libaran akur apa saja keputusan bagi meletakkan calon bertanding bagi tiga kerusi DUN dalam Parlimen Libaran iaitu DUN Sungai Sibuga, DUN Sungai Manila dan

DUN Gum-Gum.

“Kami memberi harapan yang tinggi kepada pucuk pimpinan agar memilih calon bagi tiga kawasan DUN itu adalah seorang calon berjiwa rakyat dan seorang pejuang tulen UMNO dan anak jati Libaran itu sendiri,” katanya.

Ali Munar menjelaska­n mereka tidak mahu apa yang pernah berlaku sebelum ini dimana UMNO ditinggalk­an oleh para pemimpin apabila UMNO bukan menjadi pemerintah kerajaan Pusat dan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.

“Mereka (keluar parti) dengan mudah meninggalk­an parti UMNO. Kita tidak mahu ada pemimpin seumpama itu. Kita mahu pemimpin yang memiliki kesetiaan dalam parti dan seorang pejuang untuk membela rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ali Munar turut menegaskan seramai 160 orang yang dahulunya mengundi parti WARISAN di Pusat Daerah Mengundi Dandulit telah menyertai UMNO.

“Ini memberi petanda bahawa UMNO Bahagian Libaran semakin kukuh dan kita akan berusaha menambah keahlian serta pengundi kita,” katanya.

 ??  ?? IBADAH KORBAN: Ali Munar (kanan) bersama Suhaimi bersama-sama masyarakat kampung melaksanak­an ibadah korban.
IBADAH KORBAN: Ali Munar (kanan) bersama Suhaimi bersama-sama masyarakat kampung melaksanak­an ibadah korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia