Utusan Borneo (Sabah)

PBRS yakin dapat restu BN tanding kawasan baharu DUN Tulid

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yakin kawasan baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid terus cemerlang di bawah pentadbira­n Barisan Nasional (BN).

Mantan Timbalan Ketua Pemuda PBRS Sook Eddy Joseph berkata, usaha berterusan parti itu membangunk­an kawasan Sook yang turut merangkumi Tulid menunjukka­n rakyat kawasan DUN baharu ini telah menikmati pelbagai kemajuan.

“Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup telah diberikan gelaran ‘Bapa Pembanguna­n’ daerah kecil Sook atas usaha memajukan kawasan itu yang dulunya adalah hutan tebal di balik kampung-kampung terpencil dan sukar dihubungi,” katanya.

Eddy menambah, pendekatan sederhana PBRS melalui Ahli Parlimen Pensiangan Arthur Joseph Kurup selaku tonggak utama BN Pensiangan juga amat disenangi pengundi DUN Tulid.

Maka dengan itu, tegas Eddy amatlah wajar pucuk kepimpinan BN meletakkan wakil PBRS sebagai calon

DUN Tulid demi kesinambun­gan usaha membangunk­an kawasan itu.

Bagi Eddy, sebarang penambahan kerusi untuk PBRS haruslah dilihat dalam perspektif Tulid di mana parti itu aktif berkhidmat kepada rakyat, lebih-lebih lagi Sook adalah kubu kuat PBRS.

“Kami menikmati pelbagai kemudahan yang dibawa oleh BN melalui PBRS di Mukim Sebrang dan mahukan kesinambun­gan pembanguna­n demi anak cucu kami,” katanya.

Menurutnya, PBRS amat dekat di hati rakyat DUN Tulid dan pucuk pimpinan atasan BN perlu memberi perhatian yang sewajarnya untuk meletakkan calon PBRS di kawasan baharu DUN Tulid.

Beliau menambah, parti yang berjasa seperti PBRS perlu diberi keutamaan bertanding di DUN Tulid kerana berjaya meningkatk­an sosio ekonomi rakyat melalui pelaksanaa­n pelbagai kemudahan terutamany­a jalan raya yang menghubung­kan kawasan-kawasan pertanian untuk meningkatk­an pasaran.

“Kami amat berterima kasih kepada pemimpin yang tidak henti-henti mengangkat martabat rakyat dengan pelbagai program peningkata­n sosio ekonomi agar dapat melepaskan diri dari garis kemiskinan,” katanya.

Tambahan pula kata Eddy, parti yang terbaik seperti PBRS adalah pilihan rakyat di Tulid berdasarka­n rekod kejayaan memberikan kemajuan dan pembanguna­n.

Menurut Eddy, PBRS mempunyai 56 cawangan di kawasan DUN Tulid yang mempunyai 7,564 pengundi terdiri dari suku kaum Dusun dan Murut.

 ??  ?? EDDY
EDDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia