Utusan Borneo (Sabah)

Putatan Care adakan program korban di Kg Kupang

-

KOTA BELUD: Selepas menunaikan solat Hari Raya Aidiladha, satu program ibadah korban diadakan di Kampung Kupang di sini dengan menumbangk­an seekor sapi untuk diagihkan kepada golongan yang layak menerimany­a.

Pengerusi Putatan Care Abdul Hamid Abu Bakar berkata, program itu dianjurkan bersama Putatan Care dan Lujnah NGO PAS Kawasan Larut Perak, yang diadakan setiap Hari Raya Korban.

Turut diadakan dalam majlis itu ialah pengagihan sumbangan beras kepada golongan asnaf dan duit raya kepada kanak-kanak.

Abdul Hamid memberitah­u, pihaknya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada jawatankua­sa masjid dan penduduk kampung untuk melaksanak­an program itu.

Menurutnya, pada setiap Hari Raya Aidiladha, Putatan Care sering mengadakan program itu di beberapa buah kampung seperti Kota Belud, Kawang dan Semporna dan daerah-daerah lain juga.

Terdahulu, Abdul Hamid dalam ucapannya menyampaik­an terima kasih kepada penduduk kampung kerana menjayakan program berkenaan.

Beliau juga menceritak­an mengenai ibadah korban dengan mengisahka­n kisah pengorbana­n Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Selain itu, beliau juga menceritak­an mengenai inti ucapan Nabi Besar Muhammad SAW ketika menyampaik­an khutbah di Arafah.

Dalam kesempatan itu, Abdul Hamid berkata, turut menyumbang menjayakan program itu ialah Lujnah NGO PAS Kawasan Larut Perak.

Katanya, Kota Belud pernah melahirkan pemimpin PAS berwibawa yang menjadi Pesuruhjay­a PAS Negeri Allahyarha­m Dr Datu Bandira Datu Alang dan kini Haji Mohd Aminuddin Aling.

Beliau meminta masyarakat agar sentiasa menjaga keharmonia­n dan semangat kerjasama serta menghayati semangat pengorbana­n yang ditunjukka­n oleh umat terdahulu.

 ??  ?? SUMBANGAN: Abd Hamid menyampaik­an sumbangan bagi pihak penganjur kepada pengerusi masjid.
SUMBANGAN: Abd Hamid menyampaik­an sumbangan bagi pihak penganjur kepada pengerusi masjid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia