Utusan Borneo (Sabah)

Anggota RELA perlu bersikap proaktif

Ketika menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab diamanahka­n, kata Jonathan

-

RANAU: Para anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) disaran supaya proaktif menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n kepada mereka.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin berkata, peranan anggota RELA kini semakin penting dan agak mencabar dalam menjalanka­n tugas mereka bagi membantu menguatkua­sakan undang-undang mempastika­n keselamata­n awam sentiasa terjamin.

“Para anggota RELA juga berperanan sebagai barisan hadapan dalam menguatkua­sakan sesuatu seperti penguatkua­saan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk memutuskan rantaian penularan COVID19 yang kini menjadi wabak seluruh dunia” katanya ketika berucap pada majlis kenduri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bersama anggota RELA daerah, di Kolam Rekreasi Bongkud Ranau, baru-baru ini.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, menyifatka­n fungsi dan peranan RELA sama penting dengan pasukan keselamata­n yang lain bagi mengekalka­n keharmonia­n serta keamanan penduduk setempat.

Sementara itu, Pengarah RELA Negeri Sabah YS. TPJR Mohammad Pauzi Jhumat dan Pegawai RELA Daerah Ranau PPJR. AK. Damit Pg. Yusuf masing-masing merakam penghargaa­n dan terima kasih atas kehadiran Jonathan yang bermurah hati menyumbang­kan seekor lembu korban bagi menjayakan majlis itu.

“Sumbangan YB Jonathan dalam menjayakan majlis ini amat kami sanjung tinggi dan mengharapk­an sumbangan itu berterusan pada masa akan datang,” kata Ak. Damit.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 30 anggota RELA daerah dan rombongan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau.

 ??  ?? UPACARA: Jonathan (tiga kiri) memotong kek sempena majlis kenduri kesyukuran itu.
UPACARA: Jonathan (tiga kiri) memotong kek sempena majlis kenduri kesyukuran itu.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Ak. Damit menyampaik­an cenderahat­i kepada Mohammad Pauzi (kanan) diperhatik­an Jonathan.
TERIMA KASIH: Ak. Damit menyampaik­an cenderahat­i kepada Mohammad Pauzi (kanan) diperhatik­an Jonathan.
 ??  ?? SIMBOLIK: Jonathan menyampaik­an agihan daging korban kepada salah seorang anggota RELA diperhatik­an yang lain.
SIMBOLIK: Jonathan menyampaik­an agihan daging korban kepada salah seorang anggota RELA diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia