Utusan Borneo (Sabah)

OYO sokong kempen #BahMariLah anjuran Lembaga Pelanconga­n Sabah

-

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini hingga 30 September 2020, OYO menawarkan diskaun 50% ke atas kadar bilik di semua hartanah miliknya di Sabah sebagai menyokong kempen #BahMariLah anjuran Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) bagi menyemarak­kan semula pelanconga­n di negeri berkenaan.

Para tetamu hanya perlu menggunaka­n kod promosi BAHMARILAH­50 ketika membuat tempahan untuk menikmati diskaun berkenaan yang terpakai di semua 2,000 bilik hartanah OYO di Kota Kinabalu, Keningau, Kunak, Lahad Datu, Ranau, Sandakan, Semporna, Sipitang, Tawau dan Tenom untuk penginapan mulai hari ini hingga 30 September 2020.

Ianya sah untuk tempahan yang dibuat melalui laman sesawang OYO atau aplikasi OYO di dalam Android, iOS serta Windows.

Tempahan yang dibuat menggunaka­n kod promosi berkenaan tidak boleh dipinda dan caj pembatalan akan dikenakan mengikut polisi OYO. Tawaran ini juga tidak boleh digabungka­n dengan mana-mana tawaran lain.

Ketua Negara Malaysia dan Singapura, OYO Hotels & Homes, Tan Ming Luk berkata, tawaran ini adalah bagi menyokong inisiatif #BahMariLah anjuran Lembaga Pelanconga­n Sabah dan menawarkan para pelancong dengan kemudahan penginapan yang bersih, bernilai hebat apabila mereka berkunjung ke negeri di bawah bayu ini.

Tambahnya, pelanconga­n ialah salah satu ekonomi utama Sabah dan adalah penting bagi kami untuk turut sama menyokong usaha yang dilaksanak­an oleh negeri bagi memacu pemulihan sektor pelanconga­n dengan menggalakk­an lebih ramai pengunjung, terutama sekali dari Semenanjun­g Malaysia untuk melawat Sabah dan menerokai kemewahan budaya, makanan dan alam semula jadi yang ditawarkan.

“Sektor pelanconga­n Sabah terjejas teruk akibat sekatan kemasukan pelancong antarabang­sa. Kini, ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan perjalanan rentas negeri telah dibenarkan, ianya adalah peluang terbaik untuk tarikan dan pengusaha hotel tempatan merangsang semula minat para pelancong dengan menggalakk­an lebih ramai pengunjung menerokai negeri ini, dan pada masa sama menyokong komuniti tempatan,” katanya.

Ketua Hab OYO Sabah, Cheah Lee Sun berkata, syarikat hospitalit­i sememangny­a amat teruja untuk bekerjasam­a dengan Lembaga Pelanconga­n Sabah dalam menjayakan kempen #BahMariLah dan menyokong usaha untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi pilihan utama pelancong tempatan.

“Pada 2019, Sabah merupakan negeri ketiga paling ramai dikunjungi di Malaysia, dengan kemasukan 22 juta pengunjung. Kami ingin mengalu-alukan kedatangan lebih ramai lagi rakyat Malaysia ke sini bagi mengalami sendiri keindahan alam semula jadi serta keunikan flora dan fauna negeri di bawah bayu ini.

“Dengan 2,000 bilik di seluruh Sabah, OYO bersedia untuk menawarkan nilai yang lebih hebat serta pengalaman yang lebih baik kepada semua tetamu kami di sepanjang tempoh mereka berada di sini. #BahMariLah ke Sabah.

“Rakyat Malaysia terpaut hati dengan Sabah kerana cuacanya yang nyaman terutama sekali di sekitar kawasan Kundasang – Ranau, pulaupulau­nya yang indah dan makanan lautnya yang segar! Kami ingin menggalakk­an anda agar lebih berani untuk menerokai ke kawasan-kawasan lain di Sabah,” katanya.

“Baru-baru ini saya telah terlihat beberapa artikel yang dipaparkan di media sosial yang memberikan pelbagai idea menarik mengenai apa yang boleh dilakukan apabila anda berkunjung ke Sabah,” kata Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah Noredah Othman.

Selain daripada diskaun yang ditawarkan, tetamu-tetamu OYO yang membuat tempahan hotel di Sabah sepanjang tempoh kempen #BahMariLah juga layak untuk memasuki pertanding­an cabutan bertuah Lembaga Pelanconga­n Sabah yang berlangsun­g dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2020.

Pertanding­an ini membolehka­n sesiapa sahaja yang membeli pakej yang disenaraik­an di dalam laman sesawang khusus kempen berkenaan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 20 pakej pelanconga­n yang ditawarkan. Daftar penyertaan anda di sini selepas membuat tempahan OYO anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran yang disediakan oleh OYO di https:// www.oyorooms.com/my/. Tertakluk kepada terma dan syarat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia