Utusan Borneo (Sabah)

Boost #KasiTambah lebih banyak ganjaran untuk ePENJANA

-

KUALA LUMPUR: Bagi menggalakk­an warga Malaysia untuk menghayati gaya hidup digital, e-dompet tempatan Boost melancarka­n kempen #KasiTambah bersempena inisiatif ePENJANA.

Kempen menawarkan ganjaran dan hadiah istimewa dan ganjaran termasuk peluang untuk membawa pulang Perodua Myvi ataupun motosikal Yamaha sebagai tambahan kepada insentif ePENJANA RM50 yang diberikan oleh Kerajaan.

Insentif RM50 ePENJANA bermula secara rasmi pada 31 Julai dan terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang berpendapa­tan tahunan kurang daripada RM100,000 dan merupakan pengguna berdaftar di aplikasi MySejahter­a.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Mohd Khairil Abdullah berkongsi bahawa Boost berbesar hati dipilih sebagai salah satu penyedia e-dompet rasmi yang dipercayai untuk inisiatif ePENJANA.

Peluang yang diberikan, memainkan peranan penting dalam usaha kolektif membina semula ekonomi negara dan perniagaan tempatan, selain memberi suntikan baharu kepada kelangsung­an hidup warga Malaysia dalam usaha menjadi lebih bingkas dalam era kebiasaan baharu.

“Sepanjang empat bulan kebelakang­an ini, warga Malaysia telah bermula menerima gaya hidup digital dengan hati terbuka, di mana penggunaan e-dompet semakin berakar umbi dalam amalan pembayaran harian.

“Kami percaya bahawa inisiatif ePENJANA akan menjadikan penggunaan edompet amalan yang lebih selamat dalam kalangan warga Malaysia, selain menjadi langkah tambahan untuk memelihara kesihatan masyarakat melalui bayaran tanpa sentuhan, memandangk­an COVID-19 masih menjadi ancaman kesihatan.

“Lebih daripada itu, langkah ini turut berpotensi merangsang­kan ekonomi tempatan. Ketika perniagaan memulakan kembali operasi selangkah demi selangkah, insentif rangsangan ePENJANA menjadi unsur penting dalam merancakka­n semula ekonomi buat banyak perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) yang terkesan oleh keperluan untuk menutup operasi sebagai langkah penting untuk mendatarka­n lekuk jangkitan,” katanya.

Untuk menuntut kredit RM50 ePENJANA melalui Boost, pengguna perlu melengkapk­an proses pengesahan akaun eKYC (Kenali Pelanggan Anda) serta memuat turun dan berdaftar sebagai pengguna di aplikasi MySejahter­a.

Pengguna boleh menuntut insentif RM50 ePENJANA dengan langkah berikut; Di tab ‘Profile’; klik ‘My Wallet’, kemudian klik ‘Upgrade to Premium Wallet’; ikuti arahan untuk mengambil gambar IC dan swafoto; Klik ‘Submit’ dan tunggu notifikasi pengesahan berjaya yang akan dilaksanak­an dalam satu hari bekerja; setelah pengesahan selesai, pergi ke halaman tuntutan ePENJANA RM50 dari ‘What’s New’ di laman utama dan klik butang hantar tuntutan.

Pemeriksaa­n kelayakan akan dilakukan oleh Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), LHDN dan MySejahter­a. Pengguna akan menerima notifikasi dalam tempoh lima hari setelah mengemukak­an tuntutan; dan setelah pengesahan dan semakan kelayakan diluluskan, RM50 akan dikredit secara automatik ke dalam akaun Boost, dan sedia untuk digunakan.

Proses eKYC juga akan menaik taraf e-dompet pengguna daripada Basic kepada Premium, membolehka­n pengguna memanfaatk­an rangkaian lengkap ciri dan fungsi yang ditawarkan Boost, termasuk saiz dompet yang lebih besar iaitu RM4,999.

“Sepanjang dua bulan tempoh ePENJANA, kami akan #KasiTambah ganjaran lumayan, sebagai insentif bonus bagi rakyat Malaysia menyambung semula aktiviti sosial dalam fasa pemulihan ini. Dengan Boost, rakyat Malaysia dapat bertransak­si di lebih daripada 180,000 rakan niaga di seluruh negara, yang mana 60% terdiri daripada perusahaan mikro dan kecil, sekaligus memberi banyak peluang untuk meyokong perniagaan tempatan.

“Untuk membantuBo­ost juga m e laksan kan Program Mendigitas­i Rakan Niaga( Digit izin g Merchant Program) yang akan menyumbang kepada objektif ePENJANA dalam meningkatk­an ekonomi,” katanya.

#KasiTambah lebih banyak ganjaran. Setiap pengguna yang berjaya menuntut insentif ePENJANA akan menerima ganjaran tambahan bernilai melebihi RM80, berbentuk baucer RM60 untuk menerima diskaun bersamaan nilai satu tahun penggunaan Celcom Postpaid XP Lite, serta ganjaran ‘Partner Wallet’ secara bundle bernilai sebanyak RM20 dan boleh digunakan untuk pembayaran bil, tambah nilai prabayar, insurans mikro, barangan runcit, kesihatan dan kecantikan, serta F&B.

Pedagang yang menyertai program ganjaran Partner Wallet termasuk produk insurans mikro Great Eastern oleh platform digital Aspirasi, Kenny Rogers, Secret Recipe, Mydin, Tealive, Setel, Old Town White Coffee, Petron, KK Mart, Tesco, Watsons, MyNews, Giant dan banyak lagi. Juga termasuk adalah rakan niaga Sunshine Wholesale Mart di Pulau Pinang; CKS Supermarke­t, Bataras Hypermarke­t dan Farmasi Sunlight di Sabah; serta kedai kumpulan LEA dan farmasi SHiNE di Sarawak.

Penuntut insentif yang berjaya turut berpeluang memenangi hadiah bulanan termasuk Perodua Myvi 1.5L AV AT 2020; motosikal Yamaha Y15ZR; Samsung S20 Ultra; TV Pintar Samsung 50-inci 4K; Baucar RM100 Shopee; Kredit e-dompet RM50 di Partner Wallet untuk dibelanjak­an untuk barangan runcit, F&B atau kesihatan dan kecantikan

#KasiTambah lebih banyak Boost coins. Boost juga telah menaiktara­f BoostUP, program kesetiaan dengan memperkena­lkan Tahap 5. Sebelum ini, BoostUP hanya menawarkan sehingga Tahap 4, di mana pengguna hanya boleh memperoleh maksimum 2 Boost Coins bagi setiap RM1.

Di Tahap 5 yang baharu, pengguna boleh memperoleh sehingga 8 Boost Coins dengan setiap RM1 yang dibelanjak­an, serta faedah istimewa seperti penyertaan dua kali ganda di BoostUP Pick & Win, Welcome Pack khas serta banyak lagi. Dengan lebih banyak Boost Coins, terdapat lebih banyak peluang memenangi hadiah premium dan eksklusif termasuk Apple iPad 12.9, ‘TV Pintar Samsung 65’ 4K UHD, dan banyak lagi di Pick & Win.

Ini bermaksud pengguna Boost mempunyai lebih banyak ganjaran dan Boost Coins untuk dinikmati apabila membelanja­kan insentif RM50 ePENJANA dengan Boost dengan menaik tahap di program BoostUP.

Boost juga ingin mengingatk­an pengguna bahawa kredit ePENJANA

• Boleh dibelanjak­an untuk sebarang transaksi di mana Boost diterima seperti rakan niaga fizikal atau atas talian, membayar bil, membeli tambah nilai prabayar; kecuali in-app donation.

• Kredit ePENJANA tidak boleh dipindahka­n kepada akaun e-dompet yang lain, pengguna Boost yang lain atau ditukar kepada wang tunai.

• Setiap pengguna hanya berhak untuk mendapat kredit ePENJANA sekali sahaja melalui satu sahaja e-dompet.

• Hari terakhir untuk menuntut insentif RM50 ePENJANA adalah pada 24 September sebelum jam 11.59 malam

• Hari terakhir untuk membelanja­kan insentif adalah pada 30 September 2020 sebelum jam 11.59 malam. Sebarang baki kredit ePENJANA yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti saluran media sosial rasmi di Facebook (facebook.com/ myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp), selain laman sesawang rasmi di www.myboost. com.my. Boost boleh dimuat turun di Google Play, App Store atau HUAWEI AppGallery.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia