Utusan Borneo (Sabah)

Penerima BKSS bujang B40 tidak lagi layak terima bantuan isi rumah B40

-

KUCHING: Individu yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Khas Sarawaku Sayang (BKSS) golongan bujang B40 tidak lagi layak untuk menerima bantuan di bawah golongan isi rumah B40.

Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak menerusi kenyataann­ya semalam berkata, golongan bujang B40 itu sebelum ini telah pun menerima bantuan mereka masing-masing antara April dan Jun.

“Terdapat aduan daripada sebilangan kecil penerima isi rumah B40 bahawa mereka tidak lagi menerima bantuan BKSS bagi bulan Julai walaupun telah menerima bantuan B40 BKSS pada bulan April hingga Jun lalu.

“Ini kerana, berdasarka­n senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang telah dikemas kini daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, terdapat 115,450 penerima yang sebelum ini berada di bawah senarai isi rumah BSH B40, kini telah disenaraik­an di bawah senarai BSH bujang B40,” katanya.

Sehingga 17 Julai lalu, status penerima BKSS 2020, berjumlah 78,123 bagi golongan isi rumah B40 dan 270,863 untuk golongan bujang B40 dibayar pada akhir Julai.

Mulai 1 Ogos, insentif BKSS untuk isi rumah B40 yang layak berpendapa­tan di bawah RM4,000 sebulan adalah seramai 43,481 orang daripada 78,123 orang golongan isi rumah B40.

Bayaran bantuan RM250 telah dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing pada 29 Julai dengan anggaran perbelanja­an berjumlah RM10.87 juta, jelasnya lagi.

“Walaupun begitu, baki seramai 34,642 penerima isi rumah B40 yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran tunai pula boleh dituntut dari Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 Ogos.

“Sejumlah 218,489 daripada 270,863 orang penerima bantuan bujang B40 yang berumur melebihi 21 tahun dengan berpendapa­tan di bawah RM2,000 sebulan telah menerima RM500 melalui akaun bank masing-masing pada 29 Julai.

“Begitu juga, selebihnya 52,374 bujang B40 yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran tunai boleh dituntut dari BSN mulai 7 Ogos ini,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, status pelaksanaa­n insentif pembayaran tunai BKSS yang lain seperti insentif bulanan khas untuk kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam COVID-19 seramai 30,319 orang telah menerima insentif pembayaran mereka sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh April hingga Julai dengan jumlah perbelanja­an RM13.5 juta.

Juga bantuan bagi penjaja dan peniaga kecil, pada 29 Julai sejumlah 28,091 penjaja telah dibayar melalui Sarawak Pay menerusi dua peringkat dengan jumlah pembayaran berjumlah RM21,068,250.

Sementara itu, 16,867 penjaja telah dibayar melalui BSN menerusi dua peringkat dengan jumlah pembayaran berjumlah RM12,650,250.

Justeru, penerima yang ingin memeriksa pembayaran BKSS mereka boleh melayari laman web ini pada 6 Ogos di https://www. sarawak.gov.my/web/home/ article_view/233/326/ untuk semakan status pembayaran masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia