Utusan Borneo (Sabah)

Enam menara komunikasi baharu sedang dibina di Parlimen Baram

-

KUCHING: Enam menara komunikasi baharu sedang dibina di Parlimen Baram dalam usaha menambah baik perkhidmat­an jalur lebar di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata sehingga Jun 2020, kerajaan telah melaksanak­an pelbagai inisiatif untuk menambah baik perkhidmat­an jalur lebar di kawasan tersebut.

Antaranya, pembinaan 43 menara komunikasi dan menaik taraf 46 alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada.

“Pada masa ini kementeria­n dan Suruhanjay­a Komunikasi

Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengadakan sesi perancanga­n bersama pihak industri dan pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti lokasi berpendudu­k di kawasan pedalaman.

‘Ini termasuk kawasan Long Apu, Log Spigen, Long Palai dan lain-lain kawasan Parlimen Baram bagi memantapka­n kualiti dan liputan perkhidmat­an menggunaka­n pelbagai teknologi yang sesuai yang akan dilaksanak­an dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Baram

Anyi Ngau semasa sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur semalam.

Anyi dalam pertanyaan­nya meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan tentang status permohonan perkhidmat­an talian telefon untuk kampung/rumah panjang seperti Kampung Long Apu, Long Spigen, Long Palai dan kawasan lain dalam Parlimen Baram.

Menjawab pertanyaan tambahan daripada Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Zahidi berkata kementeria­n sedang mencari teknologi baharu antaranya penggunaan satelit bagi menjamin liputan jalur lebar di kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.

“Untuk pengetahua­n Yang Berhormat, apa saja teknologi baharu yang dicadangka­n kita sentiasa usahakan.

“Sebab itu kita melalui Program Makmal Infrastruk­tur Digital Negara (MAKMAL) pada pada 13 dan 14 Ogos ini akan mengkaji secara terperinci perkara ini.

“Kita mahu rapatkan jurang digital bandar dan luar bandar sebab usahawan luar bandar ini perlu dijaga dan diketengah­kan dengan kemudahan digital dan sebagainya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia