Utusan Borneo (Sabah)

Langkah tarik balik rayuan indikasi Petronas iktiraf hak Sarawak, kata Sharifah Hasidah

- SHARIFAH HASIDAH

KUCHING: Tindakan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes semakan kehakiman mereka memberi indikasi bahawa Petronas menerima hak dan mengiktira­f hak Sarawak.

Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Petronas menerima dan mengiktira­f hak Sarawak untuk mengenakan Cukai Jualan terhadap minyak mentah seperti yang termaktub di dalam Perlembaga­an Malaysia.

Beliau berkata, lebih penting adalah kesediaan Petronas untuk akur kepada undag-undang negeri Sarawak.

“Kita mengalu-alukan keputusan Petronas ini. Ini merupakan langkah yang positif dan menandakan hubungan kerja dan sikap memahami yang lebih baik di antara kerajaan Sarawak dan Petronas.

“Saya melihat isu ini sebagai satu perkembang­an yang positif dan baik untuk kita maju ke hadapan bagi semua pihak,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasminya semalam.

Sehubungan itu, kata Sharifah Hasidah, kerajaan Sarawak akan terus mempertaha­nkan hak-hak Sarawak dan mengutamak­an kepentinga­n negeri ini di dalam setiap tindakan kita.

Sementara itu, Bernama melaporkan Petronas semalam menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Sarawak berhak mengutip cukai jualan bagi produk petroleum.

Kerajaan Sarawak, pada masa sama juga menarik balik rayuan balas berhubung isu bidang kuasa Mahkamah Tinggi mengenai cukai jualan negeri (SST).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Mohd Sofian Abd Razak membatalka­n rayuan dan rayuan balas serta memerintah­kan setiap pihak menanggung kos masingmasi­ng.

Petronas yang diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Penasihat Undang-Undang Negeri Dato Sri J.C. Fong yang mewakili kerajaan negeri Sarawak dan Pengawal Cukai Jualan negeri Sarawak mengesahka­n rayuan itu telah ditarik balik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia