Utusan Borneo (Sabah)

COVID-10: Sarawak rekod sifar kes baharu tiga hari berturut-turut

-

KUCHING: Sarawak merekodkan sifar kes positif baharu COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut semalam dengan jumlah keseluruha­n kes positif kekal sebanyak 678 kes setakat ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata lima kes baharu telah sembuh dan discaj semalam dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif yang telah sembuh dan discaj dalah seramai 599 orang setakat ini atau 88.35 peratus.

“Seramai 10 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital dan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.8 peratus.

“Hari ini (semalam) sebanyak 15 kes orang disyaki (PUI) baru dilaporkan dan seramai 451 orang dibawa h pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat 10 kluster masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Syarikat Kejurutera­an (8), Kluster Mambong (7), Kluster Pusat Perubatan (3), Kluster Jupiter (3) dan Kluster Pasar Stutong (7).

Lagi kluster aktif, Kluster Jeti Kuching (2), Kluster Sentosa (31), Kluster PUI Melbourne (3), Kluster Syarikat Pembinaan (2) dan Kluster Pasar Satok (4).

Lima daerah iaitu Kuching, Serian, Lundu, Bau dan Samarahan masih berstatus kuning, manakala lain-lain daerah berstatus hijau.

Mengenai ujian saringan secara rawak yang dijalankan, setakat ini sebanyak 1,615 sampel telah diambil di 22 fasiliti kesihatan yang dikenalpas­ti di seluruh negeri bermula April hingga Ogos 2020.

Daripada jumlah tersebut satu sampel positif telah dikesan di Sibu pada April manakala 1,571 sampel adalah negatif dan 43 s ampel masih menunggu keputusan ujian makmal.

Bagi ujian rawak di pintu masuk utama Sarawak pula, sebanyak 1,642 sampel telah diambil dengan empat daripadany­a positif, 1,629 sampel negatif manakala sembilan sampel masih menunggu keputusan.

“Ujian saringan rawak juga telah dilakukan di 148 buah tapak pembinaan di Kota Samarahan, Serian, Sri Aman,

Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Semasa ujian tersebut sebanyak 1,341 sampel ujian COVID-19 telah diambil dan daripada jumlah tersebut, satu sampal positif dari tapak pembinaan di Kota Samarahan, 1,267 sampel negatif dan 73 sampel masih menunggu ujian makmal,” katanya.

Saringan rawak juga dijalankan di empat sekolah terpilih dengan sebanyak 149 s ampel diambil dan semua keputusan ujian adalah negatif.

Manakala bagi pemeriksaa­n ke atas kakitangan sekolah dan taska pula, sebanyak 53 sampel telah diambil dan daripada jumlah tersebut 52 sampel adalah negatif manakala satu masih menunggu ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia