Utusan Borneo (Sabah)

PRN12: PSB umum calonkan Madang di kerusi DUN Machan

Dr Rayong sangkal dakwaan PSB pecah belah Dayak di Sarawak

- Oleh Watt Zacchaeus

KANOWIT: Naib Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dr Johnical Rayong Ngipa selaku mewakili Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh telah mengumumka­n Madang Dimbab sebagai calon PSB di kerusi DUN Machan.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis PSB Bersama Rakyat DUN N50 Machan di sebuah rumah panjang di kawasan tersebut di sini, baru-baru ini.

Turut hadir bersama adalah calon kerusi DUN Tamin Datuk Joseph Entulu Belaun dan calon-calon PSB dari kawasan Julau, Kapit, Selangau, Bintulu dan Sarikei.

Dalam ucapannya, Dr Rayong memberitah­u bahawa Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) adalah satu-satunya peluang untuk melihat Sarawak diperintah oleh parti yang berbilang kaum.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa PSB adalah parti yang memecahbel­ahkan orang Dayak di negeri Sarawak.

Ini kerana, katanya, pembahagia­n kerusi DUN di Sarawak telah memecahkan sesebuah bangsa agar tidak dapat membentuk kerajaan jika tidak bekerjasam­a dengan kaum yang lain.

“Sesuatu parti perlu memenangi sekurang kurangnya 42 daripada 82 kerusi untuk berjaya menjadi kerajaan.

“Ini sebenarnya yang menyebabka­n tiada seorang pun wakil rakyat orang Dayak mampu bersuara dan membuat keputusan penting kepada hak ” masyarakat orang Dayak di Sarawak.

Dr Johnical Rayong Ngipa Naib Presiden PSB

“Kerusi kawasan majoriti kaum Dayak adalah yang tertinggi sebanyak 36 kerusi diikuti kerusi kawasan majoriti kaum MelayuMela­nau (30 kerusi) dan kerusi kawasan majoriti kaum Cina (16 kerusi).”

“Malangnya kerusi majoriti kawasan orang Dayak telah dipecahkan kepada empat kelompok kecil dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Ini sebenarnya yang menyebabka­n tiada seorang pun wakil rakyat orang Dayak mampu bersuara dan membuat keputusan penting kepada hak masyarakat orang Dayak di Sarawak,” tambahnya lagi.

 ??  ?? SEDIA GEMPUR: Dr Rayong (tiga kiri) ketika mengumumka­n Madang (kanan) sebagai calon PSB di kerusi DUN Machan, baru-baru ini.
SEDIA GEMPUR: Dr Rayong (tiga kiri) ketika mengumumka­n Madang (kanan) sebagai calon PSB di kerusi DUN Machan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia