Utusan Borneo (Sabah)

PBK ketengah Leo Bunsu di DUN Ngemah

-

SIBU: Parti Bumi Kenyalang (PBK) akan meletakkan calonnya Leo Bunsu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) ini.

Berasal dari Rumah Sait, Nanga Ngemah, Kanowit beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Anak jati Ngemah itu juga memiliki Diploma Penolong Pegawai Perubatan di Kolej Latihan Pembantu Perubatan, Seremban, Negeri Sembilan.

Mendapat pendidikan awal di SMK Sedaya, Kanowit beliau yang berusia 59 tahun pernah berkhidmat di sektor kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perubatan Kanan dari 1983-2007 serta pernah memenangi beberapa Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) dalam bidang itu.

Selepas itu, pada tahun 2007 beliau beralih angin ke syarikat sektor minyak dan gas yang berpangkal­an di Miri hingga sekarang.

Beliau juga sering dijemput menjadi penceramah kepada bidang kesihatan dan keselamata­n di rumah panjang serta sangat aktif dalam JKKK di rumah panjangnya.

Selain itu, beliau juga turut diundang beberapa kali ke sekolah untuk memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar.

Menurut Leo, pencalonan­nya di kerusi DUN Ngemah telah dipersetuj­ui Presiden PBK Voon Lee Shan.

“Saya sudah sedia untuk berkhidmat kepada rakyat di DUN Ngemah.

“Sekarang saya sedang membuat persediaan untuk penamaan calon kelak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau turut memberitah­u, beliau serta jenteranya sudah mengadakan program turun padang sebelum ini di kawasan DUN Ngemah dan melakukan beberapa inisiatif sendiri bagi membantu rakyat di kawasan tersebut.

“Sekarang saya sedang melakukan kerja-kerja ubah suai pejabat parti di Kanowit serta akan menaik taraf jambatan di Sedaya,” tambahnya.

Kerusi DUN Ngemah kini disandang Alexander Vincent dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang merupakan salah satu komponen parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

 ?? LEO ??
LEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia