Utusan Borneo (Sabah)

Pohon permit sebelum ubah suai bangunan

-

SIBU: Kontraktor tempatan yang ingin melakukan kerjakerja ubah suai bangunan di Sibu Jaya diwajibkan memohon permit terlebih dahulu.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai berkata, ketetapan baharu itu dibuat selepas mengambil kira isu pembuangan sampah dan sisa bangunan yang semakin berleluasa.

Katanya, MDLBS tidak akan berkomprom­i dan teragak-agak mengambil tindakan di bawah UndangUnda­ng Kecil Bangunan terhadap mereka yang gagal mendapatka­n permit.

“Sebenarnya polisi ini (permohonan permit) sudah ada dan apabila isu pembuangan sampah dan sisa bangunan semakin berleluasa, kita (MDLBS) tiada pilihan selain mewajibkan permohonan permit bagi kerja-kerja ubah suai bangunan.

“Langkah ini (mewajibkan) adalah bertujuan untuk memastikan kontraktor yang melakukan kerja-kerja pengubahsu­aian bangunan berfikir dua kali sekiranya ingin membuah sampah dan siasa bangunan secara haram,” katanya semalam.

Menurut Sempurai, MDLBS melalui bahagian Kesihatan Awam akan menghantar pegawainya untuk turun padang memantau masalah pembuangan sampah haram agar ia dapat dihentikan.

Sempurai berkata, kerjasama daripada orang ramai juga sangat diperlukan supaya tidak melakukan pembuangan sampah dan sisa bangunan secara haram.

“Mereka tidak boleh mengharapk­an MDLBS mengumpulk­an sampah tersebut yang dibuang secara haram.

“Ini kerana kami hanya mengumpulk­an sampah isi rumah, bukannya sisa pengubahsu­aian dan sisa bangunan,” tegasnya.

“Adalah tanggungja­wab kita semua untuk menjaga kawsan persekitar­an kita.

“MDLBS juga menguatkua­sakan UndangUnda­ng Kecil Kebersihan dengan mengenakan denda RM500 sekiranya didapati membuang sampah pengubahsu­aian secara haram,” ujar beliau lagi.

 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia