Utusan Borneo (Sabah)

Kukuhkan perpaduan, elakkan perpecahan dalam masyarakat

Rakyat harus bijak menilai, tidak terpengaru­h politik tidak sihat

- Oleh Kepu Sidi

SARATOK: Kukuhkan perpaduan dan elakkan perpecahan dalam kalangan masyarakat terutamany­a disebabkan perbezaan fahaman politik, kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Demokratik Progresif (PDP) Subeng Mula.

Katanya, masyarakat perlu bijak dalam menilai situasi politik dan tidak mudah terpengaru­h dengan agenda politik yang tidak sihat.

“Situasi politk pada dewasa ini amat jauh berbeza jika dibandingk­an dengan waktu dahulu.

“Sehubungan itu rakyat di semua peringkat diingatkan supaya tidak menyemai benih kebencian terhadap kerajaan dan pucuk pimpinan sedia ada serta melaga-lagakan rakyat dengan menyogok isu negatif seolah-olah kerajaan selalu mengabaika­n nasib rakyat.

“Jika kita lihat hari ini,

“Jika kita lihat hari ini, kepimpinan dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) banyak berjuang menegakkan hak rakyat dan meneruskan kerancakan agenda pembanguna­n terutamany­a di kawasan ” luar bandar.

kepimpinan dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) banyak berjuang menegakkan hak rakyat dan meneruskan kerancakan agenda pembanguna­n terutamany­a di kawasan luar bandar,” kata Subeng.

Beliau berkata demikian pada Program PDP Menyantuni Rakyat di Rumah Angel Kedoh, dekat sini, semalam.

Majlis ini telah dihadiri sekitar 150 penduduk setempat dan ketua masyarakat dari kawasan Brayang dan sekitarnya.

Dalam majlis tersebut, Subeng turut menegaskan bahawa parti GPS adalah parti untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, pangkat dan usia.

Katanya, GPS adalah gabungan parti dari pelbagai lapisan latar belakang dan kaum.

“GPS mengamalka­n dasar perkongsia­n kuasa dan bersatu tanpa ada sempadan pemisah bagi membezakan pengikut

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ataupun Parti Demokratik Progresif (PDP).

“GPS adalah pembela hak Sarawak dalam semua hal seperti yang termaktub dalam MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan perjuangan­nya untuk semua rakyat Sarawak,” katanya.

Justeru itu kata Subeng, terdapat sesetengah pihak yang tidak senang dengan keharmonia­n dalam GPS yang cuba menimbulka­n pelbagai tohmahan dan memecahbel­ahkan perpaduan sedia ada.

Tambah Subeng, rakyat jangan mudah terpengaru­h dengan agenda golongan berkenaan.

“Teruskan saja berpegang kepada prinsip perkongsia­n kemakmuran dan muafakat yang telah diamalkan dalam kehidupan selama ini,” ujar Subeng lagi.

Subeng Mula Ahli Majlis Tertinggi PDP

 ??  ?? JELAS: Subeng menyampaik­an ucapan pada Program PDP Menyantuni Rakyat di Rumah Angel Kedoh, semalam.
JELAS: Subeng menyampaik­an ucapan pada Program PDP Menyantuni Rakyat di Rumah Angel Kedoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia