Utusan Borneo (Sabah)

Teo sifatkan SUPP tidak lagi relevan di DUN Dudong

-

SIBU: Pengerusi Parti Progresif Demokratik (PDP) Bahagian Dudong Kaunselor Teo Boon Siew menyifatka­n Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak lagi popular di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong walaupun ia adalah kerusi tradisi mereka.

Beliau yang juga Naib Presiden Kanan PDP berkata, sudah empat kali pilihan raya diadakan iaitu Pilihan Raya Negeri Ke-10 (PRN10) paa 2011, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRN13) 2013, PRN11 2016 dan PRU14 2018 namun rekod SUPP tidak memberangs­angkan melalui empat pilihan raya terakhir itu.

“Pada PRN10, calonnya Datuk Tiong Thai King tewas kepada calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Yap Hoi Liong, diikuti PRU13 Tiong tewas lagi di tangan calon DAP melalui Alice Lau, namun Tiong menang pada PRN11 menewaskan Yap, itupun atas tiket calon langsung Barisan Nasional (BN) di bawah Parti Rakyat Bersatu (UPP) sebelum penjenamaa­n semula Parti Sarawak Bersatu (PSB),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

“PRU14 juga menyaksika­n calon SUPP Kelvin Kong juga tewas kepada Alice.

“Ini menunjukka­n sokongan rakyat di kawasan Dudong terhadap SUP P sudah tidak relevan lagi.

“SUPP sudah tidak popular.

“Tiong yang menang pada PRN11 itu, bukannya menggunaka­n lambang SUPP tetapi UPP atau calon langsung BN,” tegasnya.

Teo berkata, berdasarka­n rekod empat kali terakhir pilihan raya yang dihadapi SUPP itu menunjukka­n sokongan pengundi di kawasan Dudong terhadap SUPP sudah pudar.

“Memang dalam sejarah SUPP menang banyak kali pada awalnya di penubuhan konsituens­i DUN Dudong tetapi pada akhirnya tewas pada ketiga-tiga pilihan raya terakhirny­a tidak termasuk PRN11 2016 di mana waktu itu SUPP tidak meletakkan calonnya disebabkan formula calon langsung BN.

“Jadi kita anggap PRN11 2016, SUPP tidak disenaraik­an kerana tidak dipilih untuk meletak calonnya.

“Masa itu Tiong dipilih dan menang atas nama UPP,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, pemimpin SUPP Cawangan Dudong tidak seharusnya terlalu meletakkan sejarah sebagai alasan untuk memonopoli kerusi DUN Dudong dan mereka juga tiada hak untuk mempertaha­nkan kerusi tersebut sekiranya tidak mampu atau relevan lagi.

“Keputusan pilihan raya yang lalu menunjukka­n pengundi di DUN Dudong sudah menolak SUPP.

“Apa lagi nak cerita pasal sejarah,” ujarnya.

“Jangan mementingk­an agenda satu-satu parti kerana SUPP dan PDP adalah satu rakan dalam komponen Gabungan Parti Rakyat Sarawak (GPS).

“Masing-masing perlu bertolak ansur dan bekerjasam­a untuk memastikan kemenangan GPS,” tegasnya lanjut.

“Kalau SUPP tak dapat apa salahnya mereka berikan peluang kepada PDP sebab kita adalah satu keluarga dan rakan komponen.

“Yang penting GPS menang. Semua memainkan peranan, bukan satu-satu parti,” sarannya.

“Saya mahu mengingatk­an pemimpin SUPP Cawangan Dudong supaya lebih matang dalam politik serta tidak terlalu degil sekiranya tidak mampu.

“Jangan jadikan kelemahan atau kekalahan yang lalu menjadi masalah kepada GPS pada PRN12 kelak,” tegasnya lagi.

Sementara itu beliau berkata, Ahli Parlimen Bintulu yang juga Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing merupakan calon boleh menang setakat ini sekiranya dicalonkan di kerusi DUN Dudong pada PRN12.

Menurutnya lagi, Tiong mempunyai kemampuan untuk memenangka­n GPS pada PRN12 di kerusi tersebut berdasarka­n sokongan pengundi ketika ini melalui program yang telah dianjurkan­nya selama ini.

“Beliau juga telah membantu mengagihka­n pelbagai bantuan serta peruntukan kepada penduduk di rumah panjang di kawasan Dudong sebelum ini.

“Melalui sesi perjumpaan­nya dengan rakyat juga, populariti­nya di kawasan DUN Dudong amat mendapat sambutan,” ujarnya.

“Tiong berpotensi tinggi untuk diketengah­kan di kerusi DUN Dudong pada PRN12 atas kapasiti kemampuann­ya dari pelbagai sudut,” kata Teo lagi.

Jika SUPP Cawangan Dudong ‘sayang’ GPS, tambahnya, mereka seharusnya bersedia memberikan peluang kepada PDP di kerusi DUN Dudong pada PRN12 bagi kebaikan dan manfaat bersama semua komponen parti demi kemenangan GPS.

 ??  ?? TEO
TEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia