Utusan Borneo (Sabah)

Kelab Tuai Rumah Dipilih Rakyat Ngemah mahu kebenaran tubuh MPKK

-

SIBU: Kelab Tuai Rumah Dipilih Rakyat Ngemah memohon kebenaran daripada kerajaan Sarawak untuk mereka menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini.

Pengerusi kelab Lembat Atau berkata, langkah tersebut perlu diambil sekiranya kerajaan negeri masih tidak dapat mencari jalan penyelesai­an untuk tuai rumah yang masih belum mempunyai surat pelantikan rasmi.

“Kami juga meminta kerajaan negeri untuk memberikan jawapan mengenai status kami.

“Sekiranya perkhidmat­an kami tidak diperlukan, maka kami sedia untuk berundur dengan segera.

“Pada masa yang sama kami mahu kerajaan negeri bersikap belas kasihan terhadap penduduk rumah panjang di sini dengan memberikan jumlah pembanguna­n yang sama dengan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) yang diakui kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Lembat berkata, ini adalah antara isu yang dibincangk­an dalam perjumpaan kelab yang diadakan baru-baru ini yang dihadiri 25 tuai rumah yang masih belum mempunyai surat lantikan rasmi di daerah Ngemah.

Beliau berkata, tuai rumah berkenaan mewakili 288 pintu dan sekitar 1,600 penghuni rumah panjang.

Mereka juga membincang­kanmengena­i peraturan baharu untuk menubuhkan JKKK dan pertukaran tuai rumah.

Setiausaha kelab Brian Langit mengatakan, peraturan baharu itu menyebabka­n mereka menghadapi masalah untuk mendaftark­an JKKK mereka dan membuka akaun bank kerana memerlukan pengesahan pejabat daerah.

“Oleh kerana kami tidak mempunyai surat lantikan rasmi, secara automatik bank tidak akan membenarka­n kami membuka akaun untuk JKKK kami.

“Ini satu lagi kesulitan yang harus kita hadapi terutama apabila kita menerima geran projek luar bandar kecil atau bantuan bencana atau bantuan lain daripada kerajaan,” katanya.

 ??  ?? MOHON BUDI BICARA: Lembat (duduk empat kanan) dan Brian (duduk tiga kanan) serta tuai rumah yang lain pada sesi fotografi selepas perjumpaan baru-baru ini.
MOHON BUDI BICARA: Lembat (duduk empat kanan) dan Brian (duduk tiga kanan) serta tuai rumah yang lain pada sesi fotografi selepas perjumpaan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia