Utusan Borneo (Sabah)

KMKK wajar bantu anak buah layak daftar terima bantuan

-

SRI AMAN: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di negeri ini perlu memainkan peranan penting dalam membantu anak buah di bawah jagaan mereka mendaftar mereka yang berkelayak­an memohon pelbagai bantuan daripada pihak kerajaan.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, sebagai KMKK yang dilantik kerajaan mereka perlu memainkan peranan ini di samping membantu menyampaik­an dasar kerajaan.

Menurutnya, terdapat pelbagai jenis bantuan yang disediakan kerajaan yang perlu dipanjangk­an kepada anak buah mereka, contohnya, bantuan OKU, ibu tunggal, pesakit buah pinggang dan warga emas serta pelbagai bantuan lain.

Ini kerana katanya, KMKK antara orang yang rapat dan jambatan perhubung antara rakyat dengan kerajaan serta penyampai maklumat permasalah­an rakyat kepada kerajaan serta wakil rakyat.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama KMKK anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Opar di Roxy Beach Hotel Sematan, baru-baru ini.

Katanya lagi, bantuan bantuan lain seperti bantuan kepada ibu bersalin dan anak yang dilahirkan dengan jenis bantuan BIB dan EFS juga perlu dijelaskan dan diterangka­n kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Bagi ibu bersalin kerajaan negeri Sarawak melalui

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) akan memperuntu­kkan RM450 secara ‘one-off’, manakala anak yang baharu lahir akan diberi bantuan EFS RM1,000 yang boleh ditunaikan apabila anak mencapai umur 18 tahun kelak.

“Bantuan seperti ini amat penting dan perlu diketahui rakyat kita dan dalam hal ini, KMKK haruslah memainkan peranan penting dalam memberi penerangan kepada rakyat di kawasan pentadbira­n mereka,” tegasnya.

Tambah Harden lagi, bagi pesakit buah pinggang kronik yang terpaksa menjalani rawatan hemodialis­is JKMS turut membantu subsidi pemasangan jarum dalam anggaran RM2,000 hingga RM3,000, manakala sekali rawatan RM150 hingga RM200.

“Terdapat juga subsidi pengangkut­an terhadap tempat yang terpilih.

“Kenyalang Gold Card (KGC) pula merupakan kemudahan diskaun terhadap pemegang kad yang berurusan dengan cawangan yang menyertai rakan strategik KWKPK yang menawarkan diskaun,” jelasnya lagi.

Hadir sama pada majlis berkenaan, ADUN Tanjung Puan Sri Jamilah Anu, Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani, Setiausaha Majlis Daerah Lundu Norashikin Ibrahim, pengerusi pengelola Kaunselor Niponi Undek serta yang lain.

 ??  ?? MESRA: Harden (tengah), Jamilah (dua kiri) serta yang lain semasa sesi majlis bertemu KMKK di Sematan, baru-baru ini.
MESRA: Harden (tengah), Jamilah (dua kiri) serta yang lain semasa sesi majlis bertemu KMKK di Sematan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia