Utusan Borneo (Sabah)

Tunggakan bayaran balik GST RM4.763 bilion diselesai menjelang akhir tahun

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan akan menyelesai­kan tunggakan pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) berjumlah RM4.763 billion selewat-lewatnya menjelang akhir tahun.

Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata antara kekangan pembayaran balik GST itu adalah maklumat bank yang tidak sah selain pihak (syarikat) terbabit gagal memberi maklum balas serta tidak mengemukak­an dokumen yang dikehendak­i bagi tujuan pengesahan.

Menurutnya, sejumlah RM1.479 bilion telah diluluskan untuk tuntutan bayaran balik GST bagi tempoh 22 Jun 2020 sehingga 8 Julai 2020.

“Kerajaan menerusi satu pengumuman pada 15 Jun 2020 telah bersetuju supaya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengambil pendekatan ‘bayar dahulu dan audit kemudian’ bagi syarikat terpilih berdasarka­n Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (Pemansuhan) 2018 serta kriteria-kriteria tertentu.

“Kerajaan berharap keputusan ini dapat membantu aliran tunai pelbagai sektor perniagaan dalam tempoh pemulihan ekonomi yang amat mencabar ini,” katanya pada sesi soal jawab lisan di persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Amiruddin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu) mengenai pembayaran balik GST berkenaan.

Mohd Shahar turut menegaskan bahawa Kementeria­n Kewangan tidak akan menangguhk­an pembayaran tuntutan itu, malah dalam proses untuk mempercepa­tkan usaha terbabit.

“Kita akan mempercepa­tkan proses ini dan tidak akan menganiaya­i manamana syarikat yang layak untuk menerima bayaran balik itu,” katanya.

Beliau menjelaska­n, syarikat-syarikat yang layak menerima bayaran balik itu dibahagika­n kepada dua kategori iaitu tuntutan melebihi dan di bawah RM100,000.

Menurutnya, kutipan serta pembayaran balik GST adalah dinamik serta melibatkan proses yang terperinci bagi mengelak sebarang ketirisan.

“Kita merujuk kepada Laporan Jawatankua­sa KiraKira Wang Negara (PAC) pada 15 Julai 2019 (bahawa) tiada wang GST yang dirompak dan yang kedua, wang tersebut digunakan untuk perbelanja­an pembanguna­n negara.

“Hasil syor daripada laporan PAC berkenaan itu juga menyaksika­n Kementeria­n Kewangan dan JKDM sedang menambah baik proses kutipan dan pembayaran balik GST,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia