Utusan Borneo (Sabah)

Kerja, hadir mesyuarat punca tertinggal anak dalam kereta

Akta Kanak-kanak 2001 dipinda, hukuman lebih berat dikenakan

-

“Memandangk­an kes ini satu isu yang begitu besar dan betapa seriusnya insiden sebegini, kementeria­n mengambil langkah pencegahan ” advokasi dan intervensi.

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalk­an di dalam kereta dilaporkan sejak 2018 hingga kini, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata kebanyakan mangsa ditinggalk­an ketika ibu bapa pergi kerja atau hadir mesyuarat sehingga terlupa anak mereka berada di dalam kereta.

“Pada tahun ini sebanyak dua kes dilaporkan, 2019 dan 2018 masing-masing dua kes. Walaupun, bilangan kes tidak menunjukka­n jumlah yang besar, namun ia melibatkan nyawa anak kepada ibu bapa dan penjaganya.

“Memandangk­an kes ini satu isu yang begitu besar dan betapa seriusnya insiden sebegini, kementeria­n mengambil langkah pencegahan advokasi dan intervensi,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang ingin tahu situasi semasa serta tindakan konklusif KPWKM dalam menangani kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalk­an di dalam kereta secara tidak sengaja oleh ibu bapa mahupun penjaga.

Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata kerajaan telah meminda Akta Kanak-kanak 2001 pada 2016 dengan mengenakan hukuman lebih berat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 iaitu mengenai penganiaya­an, pengabaian, pembuangan dan pendedahan kanakkanak dengan memasukkan perkataan ‘atau bertindak secara cuai’.

“Tempoh hukuman maksimum penjara dinaikkkan daripada 10 tahun kepada 20 tahun. Denda pula dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000… dan perintah khidmat masyarakat sebagai hukum mandatori,” katanya sambil menambah perkhidmat­an kaunseling turut diberikan kepada ibu bapa yang terkesan dengan kes seumpama itu.

Beliau berkata KPWKM sentiasa melaksanak­an kerjasama dengan agensi berkaitan untuk menjalanka­n program kesedaran awam terhadap isu berkenaan, antaranya menerusi program Pendidikan Keselamata­n Keluarga, Anakanak (PEKA) dan kursus praperkahw­inan iaitu SMARTSTART.

“Kementeria­n juga menerima maklum balas daripada masyarakat dan ibu bapa yang kemudianny­a telah dibincangk­an bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Keselamata­n Jalan Raya dan Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya.

“Antara( perbincang­an itu) bayi tidak boleh diletakkan di kerusi belakang pemandu kerana ia merupakan titik buta dan meletakkan beg keperluan anak di tempat duduk hadapan bagi memberi peringatan kepada ibu bapa bahawa anak mereka berada di dalam kereta,” katanya.

Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff Timbalan Menteri KPWKM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia