Utusan Borneo (Sabah)

Kebun Komuniti sedang rancak dijalankan, bantu golongan B40

-

KUALA LUMPUR: Program Kebun Komuniti yang memberi peluang kepada peserta mengusahak­an tanaman jangka pendek terutama sayur-sayuran, kini sedang rancak dijalankan di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata program di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu menyediaka­n peruntukan RM10 juta yang memanfaatk­an 800 komuniti dan 12,000 penyertaan individu baharu dalam program pertanian bandar.

“Kita (kerajaan) harap peruntukan ini akan membantu pengeluara­n makanan serta memastikan keselamata­n makanan adalah terjamin walau dalam keadaan negara dilanda pandemik COVID-19,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PHLembah Pantai) mengenai perkembang­an peruntukan RM10 juta PENJANA bagi membantu kumpulan petani berpendapa­tan rendah kategori B40.

Mengulas lanjut, Kiandee berkata menerusi PENJANA, kerajaan turut memperuntu­kan RM350 juta di bawah Dana Pembiayaan Mikro Kredit Agro Makanan bagi merancakka­n kembali industri pengeluara­n makanan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Mengenai perancanga­n kerajaan untuk mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap beras import, Kiandee memaklumka­n bahawa menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan menumpukan usaha meningkatk­an tahap pengeluara­n beras negara daripada 70 peratus kepada suatu tahap yang lebih tinggi.

“Pada ketika ini tahap sara diri (SSL) beras adalah 70 peratus bermaksud negara mampu menampung 70 peratus permintaan beras dalam negara manakala 30 peratus lagi adalah beras import,” katanya.

Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) yang ingin tahu sejauh mana teknologi pertanian mampu meningkatk­an pengeluara­n beras negara.

Kepada soalan asal Ahmad Fahmi, Kiandee berkata antara program yang dijalankan adalah menyediaka­n program latihan jangka pendek dan jangka panjang bagi melahirkan pekerja mahir serta usahawan pertanian menggunaka­n teknologi terkini melibatkan golongan belia berumur 18 hingga 40 tahun.

“Kerajaan juga mengintegr­asikan teknologi pertanian moden seperti penggunaan robot (agro robotik), penderia (sensor), pertanian tepat (precision farming), dron, pembanguna­n data pertanian, aplikasi berasaskan Internet of Things dan model kilang tanaman,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia