Utusan Borneo (Sabah)

RCEP dijangka dimeterai pada November 2020

-

KUALA LUMPUR: Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) dijangka dapat ditandatan­gani oleh negaranega­ra yang menyertain­ya termasuk Malaysia pada November ini, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata kalangan Menteri Perdaganga­n dan Industri negara-negara peserta RCEP telah sepakat untuk memeterain­ya menerusi keputusan yang dicapai pada Mesyuarat Maya Peringkat Menteri Antara Sesi RCEP Ke-10 pada 23 Jun lepas.

Menurutnya, RCEP bakal menjadi suatu perjanjian perdaganga­n bebas serantau yang terbesar serta meliputi hampir separuh penduduk dunia selain menyumbang kepada satu pertiga jumlah keluaran dalam negara kasar global.

“Selain itu, Malaysia juga mengakui bahawa penyertaan India akan menyumbang kepada kemakmuran perdaganga­n serantau.

“Justeru itu, Malaysia berpendiri­an terbuka sekiranya India mengambil keputusan untuk kembali ke meja rundingan,” kata beliau dalam ucapan penggulung­an perbahasan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Rakyat, semalam.

Untuk rekod, India telah bertindak menarik diri daripada perjanjian perdaganga­n itu atas alasan bimbangkan kesepakata­n itu mungkin menjejaska­n industri domestikny­a.

Selain itu, mengulas Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP), Mohamed Azmin berkata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) serta Jabatan Peguam Negara dan kementeria­n-kementeria­n berkaitan masih giat menjalanka­n sesi libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk kerajaan-kerajaan negeri.

 ?? — Gambar bernama ?? PIKUL AMANAH: Azmin (kiri) bersama Annuar (kanan) ketika menghadiri Persidanga­n Parlimen Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar bernama PIKUL AMANAH: Azmin (kiri) bersama Annuar (kanan) ketika menghadiri Persidanga­n Parlimen Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia