Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar B40 pulang dari luar negara dikecualik­an bayar kos kuarantin

-

KUALA LUMPUR: Pelajar yang pulang dari luar negara tetapi tidak mampu membayar kos kuarantin wajib serta berasal daripada keluarga B40 akan dikecualik­an daripada membayar kos tersebut, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mereka yang telah tiba di negara ini boleh membuat rayuan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) manakala yang bakal tiba pula akan dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) untuk menjalani kuarantin wajib tersebut.

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Khas MenteriMen­teri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, katanya pada sidang media perkembang­an PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata bagi pelajar yang pengajiann­ya ditaja, mendapat pinjaman atau biasiswa, kos kuarantin perlu ditanggung oleh badan penaja.

Katanya pelajar yang berkemampu­an pula perlu membayar sendiri kos kuarantin selama 14 hari itu.

“Semalam (kelmarin), terdapat laporan mengenai pelajar yang pulang dari Yaman, berlegar-legar di kawasan hotel kerana tidak berkemampu­an untuk membayar kos kuarantin, maka mesyuarat hari ini (semalam) bersetuju untuk pelajar yang daripada keluarga berpendapa­tan rendah dikecualik­an daripada membayar kos tersebut tetapi yang mampu perlu bayar sendiri,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta pelajar yang bakal pulang mendaftar dengan Kementeria­n Luar bagi mengisi butir-butir peribadi dan latar belakang keluarga agar kementeria­n itu dapat memaklumka­n kepada NADMA.

“Jadi apabila mereka sampai ke Malaysia, nama mereka sudah ada dan akan terus dihantar ke ILA, tidaklah perlu menunggu di hotel seperti yang berlaku semalam (kelmarin),” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan memandang serius insiden-insiden ketidakpat­uhan prosedur operasi standard (SOP) kuarantin rumah yang telah menyebabka­n penularan jangkitan COVID-19 kepada ahli keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

Beliau berkata pegawai Kementeria­n Kesihatan bersama anggota Polis Diaraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemeriksaa­n mengejut untuk memastikan semua yang terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Semalam (kelmarin), PDRM telah melakukan 2,160 pemeriksaa­n spot check dan jumlah kumulatif yang telah diambil tindakan kerana gagal mematuhi SOP kuarantin rumah ialah seramai 51 individu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh 24 Julai hingga 2 Ogos, seramai 4,768 individu telah tiba di tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa dan kesemua telah ditempatka­n di 19 hotel dan lima ILA di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Kelantan.

Katanya kesemua mereka tiba dari 26 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol dan Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia