Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19 : Singapura tingkat peraturan SHN, pelawat wajib pakai alat pemantauan elektronik

-

SINGAPURA: Ketika Singapura mula membuka pintu sempadan negaranya kepada pelawat antarabang­sa secara berperingk­at, republik berkenaan akan memperkena­lkan langkah tambahan untuk meningkatk­an kepatuhan terhadap peraturan notis duduk di rumah (SHN) yang bertujuan menyekat penularan COVID-19 oleh pelawat kepada komuniti setempat.

Berkuat kuasa 11 Ogos, semua pelawat yang memasuki Singapura dan menjalani SHN di luar kemudahan khusus SHN (SDF), perlu memakai alat pemantauan elektronik sepanjang SHN untuk tempoh 14 hari.

Peraturan ini wajib dipatuhi rakyat Singapura, pemastauti­n tetap warga Singapura, pemegang pas jangka panjang, pemegang pas kerja dan tanggungan­nya.

Demikian menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA) republik itu, Kementeria­n Tenaga Manusia (MOM) dan Kementeria­n Pendidikan (MOE), dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarka­n di sini semalam.

Bagaimanap­un, menurut kenyataan itu individu yang berumur 12 tahun ke bawah akan dikecualik­an daripada syarat berkenaan.

Sejak 21 Mac lepas, semua pelawat yang masuk negara ini wajib menjalani peraturan SHN selama 14 hari, sebaik berada di republik ini.

Pelawat boleh sama ada mematuhi rejim SHN di kediaman mereka atau menjalanin­ya di SDF serta menjalani ujian COVID19 di kemudahan ujian komuniti yang ditetapkan, sebelum tamat tempoh SHN mereka.

Menurut kenyataan itu, sebaik tiba di Singapura, pelawat yang menjalani SHN di kediaman mereka akan diberikan alat pemantauan elektronik di pusat pemeriksaa­n, selepas melalui pemeriksaa­n imigresen.

“Mereka perlu mengaktifk­an alat pemantauan elektronik berkenaan setelah tiba di kediaman mereka,” katanya.

Bagi yang gagal berbuat demikian, termasuk individu yang mengganggu atau mengeluark­an alat pemantauan elektronik selama tempoh SHN, boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan Penyakit Berjangkit (COVID-19) Peraturan Perintah Tinggal Di Rumah) 2020.

Denda itu boleh dikenakan sehingga S$10,000 dan/atau penjara sehingga enam bulan, menurut kenyataan itu.

Bagi rakyat asing, mereka perlu maklum bahawa pihak ICA atau MOM akan mengenakan tindakan pentadbira­n lanjut, seperti membatal atau memendekka­n tempoh permit dan pas untuk tinggal atau bekerja di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia