Utusan Borneo (Sabah)

PKPD pentadbira­n di empat mukim di Kedah bermula semalam

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) secara pentadbira­n di empat mukim di negeri Kedah bermula hari ini hingga 30 Ogos, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat susulan 11 kes baharu COVID-19 yang berpunca daripada kluster PUI Sivagangga.

Memperinci­kan perkara itu, beliau berkata empat kawasan terbabit ialah Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh, Kampung Pida Satu di Megat Dewa, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal di Kubang Pasu dan Kampung Ulu Sanai di Padang Terap yang kesemuanya terletak dalam radius satu kilometer dari restoran tersebut.

“Mesyuarat Khas Menterimen­teri Mengenai Pelaksanaa­n PKP hari ini meluluskan permohonan kerajaan negeri Kedah untuk melaksanak­an PKPD secara pentadbira­n di kawasan-kawasan tersebut.

“Pelaksanaa­n PKPD secara pentadbira­n akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama ke kawasan sekitar,” katanya pada sidang media perkembang­an PKP Pemulihan di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Menurut laporan media, sehingga kelmarin, sebanyak 313 individu daripada kluster tersebut telah disaring dengan 20 dikesan positif COVID-19 sementara 280 individu negatif, manakala bakinya masih menunggu keputusan ujian.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Kementeria­n Kesihatan akan menjalanka­n ujian saringan ke atas kirakira 7,000 penduduk di kawasan terlibat.

Menurutnya, selain tadika, masjid serta rumah ibadat turut ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat.

“Kebebasan bergerak mungkin boleh disekat jika kes meningkat seperti yang berlaku di Kedah dan perkara sama mungkin boleh berlaku di tempat lain. Justeru itu, rakyat perlu patuh SOP dan setiap larangan agar perkara seumpama ini tidak berlaku di tempat lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia