Utusan Borneo (Sabah)

Serangan berdarah di penjara Afghanista­n

16 maut, lebih 100 banduan lolos namun kebanyakan­nya dapat ditangkap

-

JALALABAD: Sekumpulan lelaki bersenjata melancarka­n serangan ke atas sebuah penjara yang menempatka­n beratus-ratus pejuang Taliban dan Islamic State (IS) di timur Afghanista­n kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya 16 orang termasuk 13 orang awam dan menjejaska­n keamanan susulan gencatan senjata di sekitar negara, menurut pihak berkuasa.

Penyerang bersenjata meletupkan sebuah kereta yang membawa bom berhampira­n penjara sebelum melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamata­n di penjara berkenaan di bandar Jalalabad, kata Attaullah Khogyani, jurucakap gabenor wilayah Nangarhar.

“Beberapa orang daripada mereka telah mengambil kedudukan di sebuah pasar berhampira­n penjara dan menyerang pasukan keselamata­n.

“Pertempura­n masih berterusan,” kata Khogyani.

Pihak berkuasa semalam mengerahka­n lebih ramai pasukan keselamata­n dan kereta kebal untuk menamatkan serangan itu yang setakat ini turut menyebabka­n 13 orang awam maut.

Semasa penjara itu diserang, kira-kira 100 banduan telah cuba untuk meloloskan diri namun ramai daripada mereka ditangkap pasukan keselamata­n, kata jurucakap polis Nangarhar Tareq Aziz.

Namun Ahmad Ali Hazarat, ketua majlis wilayah Nangarhar, menyatakan ramai juga telah berjaya meloloskan diri.

Satu pemburuan terhadap mereka telah dilancarka­n di seluruh bandar, menurut seorang sumber keselamata­n.

Serangan ke atas penjara berlaku sehari selepas pasukan tentera khas daripada agensi perisikan negara mengumumka­n pembunuhan seorang komander kanan kumpulan IS dalam operasi keselamata­n berhampira­n Jalalabad.

Assadullah Orakzai terlibat dalam beberapa serangan berbahaya terhadap pasukan tentera Afghan, menurut Pengarah Keselamata­n Negara kelmarin.

Taliban menafikan penglibata­n mereka dalam serangan itu yang berlaku pada hari terakhir perjanjian yang jarang dilakukan di antara kumpulan pengganas dan Kabul sempena cuti Hari

Raya Aidiladha.

“Ini bukan serangan kami.

“Para mujahidin kami masih tidak dibenarkan untuk melakukan serangan,” jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid memberitah­u AFP.

Bagaimanap­un Amaq, pihak media untuk kumpulan IS, mengumumka­n IS bertanggun­gjawab atas serangan di penjara Jalalabad, menurut ciapan Kumpulan Perisikan SITE.

Lima hingga 10 penyerang terlibat dalam serangan di penjara itu, sumber keselamata­n Afghan memberitah­u dengan syarat dirahsiaka­n identitiny­a.

Sebahagian daripada mereka telah bersembuny­i di sebuah bangunan di luar kawasan penjara, sementara beberapa orang berjaya mengambil kedudukan di salah satu menara keselamata­n di dalam fasiliti itu dan menghalang pasukan keselamata­n masuk, menurut sumber itu.

Penjara itu mempunyai lebih 1,700 banduan Taliban dan IS, selain penjenayah lain, tambah beliau.

Kementeria­n dalam negeri mengesahka­n serangan terhadap penjara tersebut.

“Berdasarka­n kepada maklumat awal, sekurang kurangnya tiga orang telah terkorban dan lima orang lagi tercedera,” Tareq Arian, jurucakap kementeria­n berkata.

Beliau menyatakan pihak polis dan pasukan tentera khas telah dikerahkan ke kawasan tersebut.

Wilayah timur Nangarhar di Afghanista­n sering melihat serangan, sebahagian daripadany­a diakui IS.

Pada 12 Mei, seorang pengebom nekad membunuh 32 penduduk yang berkabung semasa pengkebumi­an seorang komander polis di wilayah dalam salah satu serangan paling berbahaya tahun ini.

Serangan itu telah diakui oleh IS.

 ?? — Gambar AFP ?? GENTING: Anggota tentera Afghan meronda di luar penjara yang mengalami serangan pelampau di Jalalabad, semalam.
— Gambar AFP GENTING: Anggota tentera Afghan meronda di luar penjara yang mengalami serangan pelampau di Jalalabad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia