Utusan Borneo (Sabah)

AS lapor 47,508 kes COVID-19 dalam 24 jam

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah melaporkan 47,508 kes baharu koronaviru­s COVID-19 dalam tempoh 24 jam kelmarin, menurut Universiti Johns Hopkins .

Terdapat juga 515 kematian baharu, menurut kiraan sebenar universiti yang berpusat di Baltimore itu setakat jam 8.30 malam waktu tempatan.

Angka kelmarin sedikit menurun berbanding lima hari sebelumnya yang telah merekodkan lebih 60,000 jangkitan baharu.

AS sekarang mencatatka­n 4,665,002 kes dan 154,834 kematian, menjadikan­nya setakat ini negara yang paling teruk terjejas.

Angka baharu muncul ketika Florida dilanda Ribut Tropika Isaias, di mana pandemik tersebut yang telah menyukarka­n persediaan.

Florida melaporkan jumlah kes kedua tertinggi daripada semua negeri kecuali California, yang mempunyai dua kali ganda populasiny­a.

Gabenor Ron DeSantis menyatakan lebih baik untuk hanya berlindung di rumah berbanding menghantar seseorang keluar, dengan rumah perlindung­an yang selalunya sesak dan sukar melaksanak­an penjarakan sosial kecuali situasi semakin berbahaya.

Florida kelmarin melaporkan 77 kematian akibat COVID-19, menurun daripada rekod 179 pada hari sebelumnya, menjadikan angka kematian berjumlah 6,920.

Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia telah mencecah 18 juta, menurut statistik AFP daripada pelbagai sumber rasmi setakat kelmarin.

Sekurang-kurangnya 18,011,763 kes telah didaftarka­n tatkala kadar jangkitan virus semakin meningkat.

Lebih sejuta lagi kes telah dikesan dalam tempoh empat hari lalu setakat kelmarin.

 ?? — Gambar AFP ?? SERIUS: Gambar fail 24 Julai menunjukka­n seorang pekerja kesihatan mengambil sampel swab hidung di pusat saringan COVID-19 di Pusat Kesihatan Keluarga dan KanakKanak St. John di Los Angeles.
— Gambar AFP SERIUS: Gambar fail 24 Julai menunjukka­n seorang pekerja kesihatan mengambil sampel swab hidung di pusat saringan COVID-19 di Pusat Kesihatan Keluarga dan KanakKanak St. John di Los Angeles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia