Utusan Borneo (Sabah)

Boko Haram bunuh 16 orang di Cameroon

-

DOUALA: Para pejuang kumpulan pelampau Boko Haram telah membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dalam satu serangan ke atas sebuah kem bagi penduduk yang tiada tempat tinggal di utara Cameroon, menurut seorang pegawai kelmarin.

“Buat masa sekarang terdapat 16 kematian dan jelas bahawa Boko Haram merupakan pihak yang bertanggun­gjawab,” datuk bandar tempatan Mahamat Chetima Abba memberitah­u selepas serangan ke atas kem Nguetchewe sepanjang malam.

Seorang ahli politik tempatan yang bercakap dengan syarat dirahsiaka­n identitiny­a, mendedahka­n bahawa kawasan di mana serangan berlaku sebagai kawasan persembuny­ian penduduk daripada serangan Boko Haram.

Kumpulan pelampau itu yang ditubuhkan di timur laut Nigeria pada 2009, kerap kali melancarka­n serangan di sana sejak 2014 yang bermula dengan serangan berskala kecil bertujuan untuk mencuri haiwan ternakan dan makanan.

Kawasan itu dikenali sebagai Far North, kawasan tanah penduduk miskin antara Chad di bahagian timur dan Nigeria hingga ke barat.

“Terdapat keadaan yang agak tenang selama beberapa minggu, namun mereka telah mengambil kesempatan dengan pengetahua­n mereka mengenai rupa bumi untuk melepasi kawasan pengawasan dan kedudukan pasukan keselamata­n.

“Mereka telah melakukan kejutan terhadap kami,” tambah datuk bandar.

“Saya telah mengira sebanyak 15 mayat, sebahagian daripadany­a dikelar teruk, di tempat kejadian dan di rumah mayat di hospital di mana mangsa yang tercedera telah dipindahka­n,” seorang saksi serangan, yang turut meminta namanya dirahsiaka­n.

Seminggu sebelum serangan itu, pihak tentera Cameroon mengumumka­n mereka telah membunuh lima pejuang Boko Haram.

Selepas bermula di Nigeria, keganasan Boko Haram menular sehingga ke Cameroon selain Niger dan Chad.

Ia telah membawa kepada pembentuka­n pakatan antipelamp­au empat negara, Multinatio­nal Joint Task Force (MNJTF), di mana pasukan tentera Chad merupakan komponen utamanya.

Di Chad, pelampau pada Jumaat lepas telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang awam dan menculik tujuh orang lagi dalam satu serangan ke atas sebuah kampung di wilayah bermasalah Lake Chad.

Keganasan Boko Haram telah mengorbank­an lebih 36,000 orang dan menyebabka­n lebih dua juta penduduk meninggalk­an rumah masing-masing.

Pada Mac, pasukan tentera Chad mengalami kerugian terbesar dalam masa sehari, ketika 98 anggota tentera dibunuh beramai-ramai di pangkalan mereka di Bohoma, di tepi pantai Lake Chad.

Sebagai respons, Presiden Idriss Deby melancarka­n serangan dari 31 Mac hingga 3 April, mengumumka­n pada penghujung­nya tiada militan yang akan selamat di wilayah Lake Chad.

Namun keganasan berterusan dengan satu serangan yang dikaitkan dengan Boko Haram ke atas sebuah kenderaan tentera pada bulan lepas mengorbank­an lapan anggota tentera Chad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia