Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran sukar dikawal di selatan California

-

LOS ANGELES: Lebih 1,300 anggota bomba telah berusaha memadam satu kebakaran yang marak di luar kawalan kelmarin di selatan California, mengancam ribuan penduduk dan kediaman di timur Los Angeles.

Dikenali sebagai Apple Fire yang bermula Jumaat lepas berhampira­n bandar San Bernardino, kebakaran itu setakat ini membakar lebih 20,000 ekar tanah, menyebabka­n kepulan asap tebal yang dapat dilihat dari jauh.

Keadaan asap tebal menyebabka­n pihak berkuasa mengumumka­n amaran kualiti udara pada petang Sabtu lepas.

Sekurang-kurangnya 2,600 rumah dan hampir 7,800 orang telah dipindahka­n.

Pihak berkuasa menyatakan masih belum jelas bila mereka mungkin dapat kembali semula nanti.

Hanya sebelum waktu tengah hari, lebih 1,360 anggota bomba dibantu beberapa helikopter, pesawat air dan jentera telah digunakan bagi memadamkan api.

Para kru berjaya mengawal lima peratus kebakaran tersebut pada petang Sabtu, selepas hilang kawalan pada waktu tengah hari.

Tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan, namun hanya kerosakan yang setakat ini melibatkan dua bangunan dan sebuah rumah.

Bahagian sisi kebakaran sedang marak di kawasan bukit hutan yang sukar dihampiri bomba, kata pihak berkuasa.

Hutan tebal menambahka­n kemarakan api yang membakar berhampira­n rumahrumah, menurut Fernando Herrera, ketua bomba di Riverside County, ketika keadaan panas dan kering kelmarin membantu api itu terus marak.

Pihak berkuasa menyatakan ia mungkin sengaja dilakukan dan siasatan mengenai punca kebakaran sedang dilakukan.

 ?? — Gambar AFP ?? GIAT: Anggota bomba dari penjara tiba di tempat kejadian Water Fire, punca kebakaran baharu kira-kira 20 batu dari Apple Fire di Whitewater, California kelmarin.
— Gambar AFP GIAT: Anggota bomba dari penjara tiba di tempat kejadian Water Fire, punca kebakaran baharu kira-kira 20 batu dari Apple Fire di Whitewater, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia