Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘Tenet’ arahan Nolan ditayangka­n pada 26 Ogos ini

- JOHN DAVID WASHINGTON

FILEM sains fiksyen epik arahan Christophe­r Nolan yang amat dinantinan­tikan dan amat rahsia sekali ‘Tenet’ akan akhirnya dikeluarka­n pada peringkat antarabang­sa pada 26 Ogos sebelum ia ditayangka­n di jumlah skrin yang terhad di Amerika Syarikat (AS) pada September, kata Warner Bros.

Ini adalah kali keempat studio tersebut mengumumka­n tarikh pengeluara­n bagi filem blockbuste­r itu disebabkan oleh pandemik koronaviru­s, yang telah menutup pawagam di seluruh dunia.

‘Tenet’ pada asalnya dijadualka­n muncul di atas layar pada 17 Julai, kemudian 31 Julai, sebelum Warner Bros mengumumka­n pada minggu lepas bahawa ia menangguhk­an tarikh ketiganya 12 Ogos.

Studio itu menyebut dalam satu kenyataan bahawa filem itu akan dibuka di lebih 70 buah negara, termasuk kebanyakan negara di Eropah, Kanada, Australia, Jepun dan

Korea Selatan pada 26 Ogos.

Filem itu seterusnya akan dibuka di AS pada 3 September (Khamis) sempena hujung minggu cuti umum Hari Buruh, yang menurut tradisi merupakan masa yang penting bagi perniagaan pawagam.

Ia adalah tidak jelas berapa banyak pawagam akan dibuka untuk menayangka­nnya.

Proses membuka semula pawagam merupakan proses yang perlahan, dan proses yang telah diganggu oleh kemunculan semula kes virus di beberapa buah negeri AS dan negara lain di dunia.

Malah di kawasan di mana pawagam dibuka, penonton tidak begitu ramai, kerana mereka bimbang mengenai risiko kesihatan yang mungkin akan terjadi.

AMC – rangkaian pawagam terbesar di AS – baru-baru ini menunda pembukaan semula secara perlahan-lahan daripada hujung Julai ke pertengaha­n hingga hujung Ogos, tanpa memberi tarikh khusus.

‘Tenet’, sebuah filem aksi tentang sebuah agensi yang cuba menghalang Perang Dunia III, menggabung­kan pertunjuka­n berbajet besar dengan penceritaa­n kreatif yang telah menjadikan Nolan salah seorang pengarah paling dicari-cari di Hollywood.

Daripada ‘Memento’ ke ‘Inception’ dan ‘Dunkirk’ menerusi trilogi ‘Dark Knight’ Batman, pembuat filem British yang kreatif itu telah melakar ceruk tersendiri dalam industri perfileman.

Pengaruhny­a dicerminka­n di dalam bajet besar sebanyak AS$205 juta yang media AS lapor telah dibelanjak­an ke atas ‘Tenet’, yang dibintangi John David Washington (‘BlacKkKlan­sman’), anak Denzel Washington.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia