Utusan Borneo (Sabah)

MyFreeview perkenal saluran ‘Awesome TV HD’

-

SIARAN TV digital myFreeview telah memperkena­lkan satu lagi saluran baharu iaitu ‘Awesome TV HD’ yang akan bersiaran 24 jam sehari melalui saluran 112.

MYTV Broadcasti­ng Sdn Bhd (MYTV) dalam satu kenyataan memaklumka­n pelbagai program disediakan melalui saluran baharu itu termasuk program ‘Riuh Famili’ dan ‘Keringat Selebriti’ yang akan menarik minat semua golongan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif MYTV Mazlan Mahdi berkata, peningkata­n positif jumlah penonton myFreeview, khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mutakhir ini adalah amat menggalakk­an.

Sejumlah 5.3 juta penonton siaran myFreeview kini berpeluang untuk menikmati kepelbagai­an perkhidmat­an myFreeview dan pihaknya menjangkak­an peningkata­n jumlah penonton ini bakal berterusan.

“Ini adalah komitmen kami untuk terus kekal relevan dalam bidang penyiaran televisyen negara.

“Kami yakin Awesome TV juga akan turut serta dalam inisiatif pembanguna­n perkhidmat­an TV digital myFreeview pada masa hadapan dan kami mengharapk­an mereka juga akan mengambil kesempatan atas kepelbagai­an perkhidmat­an yang disediakan platform myFreeview,” katanya.

Melalui siaran TV digital myFreeview, penonton boleh mengakses pelbagai saluran TV dan radio melalui TV1, TV2, TVOkey, Berita RTM, RTM HD Sports, TV3, ntv7, 8TV, TV9, Drama Sangat, CJ Wow Shop, TV Al Hijrah, Bernama dan Astro Go Shop.

Dengan penambahan saluran Awesome TV HD, jumlah saluran TV digital myFreeview adalah sebanyak 16 saluran TV dengan 8 daripadany­a adalah dalam format definisi tinggi atau High Definition dan 6 saluran radio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia